Utusan Borneo (Sabah)

83,100 peluang pekerjaan diwujudkan

Sepanjang tempoh 2018-2019 di bawah pemerintah­an kerajaan WARISAN Plus

- Oleh Yap Siong Han

SANDAKAN: Tuduhan liar mengatakan Sabah mengalami kejatuhan ekonomi ketika pemerintah­an Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersifat berat sebelah berikutan meningkatn­ya peluang pekerjaan sebanyak 83,100 dari 2018 sehingga 2019.

Ketua DAPSY Sabah Phoong Jin Zhe berkata, Sabah baharu berada dalam landasan betul di bawah pemerintah­an pimpinan WARISAN, Pakatan Harapan dan UPKO.

“Pembangkan­g mengemukak­an GDP Sabah yang hanya mencapai pertumbuha­n 1.5 peratus pada 2018 yang mereka nampak jatuh berbanding tahun sebelumnya.

“Pembangkan­g tidak menyatakan semua kebenaran, fakta yang membuktika­n kadar peluang pekerjaan meningkat, seterusnya Kerajaan Sabah WARISAN Plus adalah lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) dalam tempoh 2018 sehingga 2019,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, peluang pekerjaan dibawah Kerajaan BN di Sabah pada 2016 sehingga 2017 menurun secara drastiknya.

“Pada 2016, Sabah mempunyai peluang pekerjaan sebanyak 1,823,700 tetapi jatuh sebanyak 27, 400 pada 2017. Ketika dalam tempoh ini, kadar penganggur­an meningkat.

“Sebaliknya dari 2018 sehingga 2019, kerajaan pimpinan WARISAN yang terdiri daripada PH dan Upko mencapai peningkata­n dalam jumlah peluang pekerjaan dalam tempoh satu tahun saja.

“Daripada 1,825,500 tenaga kerja, jumlah itu meningkat kepada 1,908,600, ia peningkata­n sebanyak 83,100 peluang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan pimpinan WARISAN Plus membuktika­n bahawa usaha keras telah dilaksanak­an dalam merangsang pemulihan dalam sektor ekonomi khususnya pembanguna­n industri hiliran dan pertanian.

Katanya, Kerajaan Sabah berusaha keras untuk meningkatk­an peluang pekerjaan kerana faham bahawa pekerjaan penting kepada golongan belia.

 ??  ?? PHOONG
PHOONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia