Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan PN, BN ke atas calon PN-STAR Liawan beri petanda kemenangan

- Oleh Henry Bating ANNUAR

KENINGAU: Calon Perikatan Nasional (PN) kawasan N41 Liawan Datuk Annuar Ayub Aman dilihat mampu memperoleh sokongan para pemimpin berpengaru­h di kawasan itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai calon PNSTAR.

Pemerhati politik Paul Ukau melihat gambaran bahawa peluang bagi Annuar selaku calon PN-STAR untuk menang adalah cerah berdasarka­n sokongan dan maklum balas pengundi akar umbi sepanjang kempen berjalan.

“Impak sokongan serta kesediaan para penceramah membantu jelajah kempen diketuai mantan ADUN Liawan Datuk Sairin Karno mampu diterjemah­kan menjadi kemenangan calon PNSTAR,” katanya.

Menurutnya, selaku mantan ADUN Liawan beberapa penggal, Sairin dan rakanrakan mempunyai keluarga ramai serta pengikut tersendiri yang boleh membawa kemenangan kepada calon PN.

Di samping itu, Paul berkata, gerak kerja dan kewibawaan calon PN-STAR yang akrab dengan panggilan nama kampung, Datuk Banan yang selama ini amat disenangi rakyat akar umbi memberikan kelebihan kepadanya untuk menang.

Kalangan pengundi muda, kata Paul rata-ratanya menyifatka­n perwatakan Banan sebagai mesra dan peduli rakyat.

“Kami cukup optimis calon PN-STAR ini dapat meneruskan agenda perubahan dan memperkasa pembanguna­n insan di kawasan Liawan sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat selepas 26 September ini,” kata beberapa pemimpin setempat.

Di samping Sairin, turut mengiringi kempen Banan ialah Ketua Bahagian BERSATU Keningau Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) merangkap Naib Ketua ARMADA Negeri Rafie Robert Tawik dan Ketua Bahagian UMNO Penampang Datuk Hasnol Ayub Aman.

Turut berkempen untuk Banan ialah Naib Ketua Bahagian STAR Liawan

Rosdi Padiman, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johari Tahir, mantan Ketua Pemuda UMNO Keningau Nick Nadzri Nik Zawawi, mantan Pensyarah dan Pegawai Kaunseling IPG kampus Keningau Rozie Saitin Gitang dan Ketua Srikandi BERSATU Keningau Hajah Amelia Ajun.

Paul yakin barisan penceramah yang berpengaru­h itu dapat membantu memenangka­n calon PN-STAR di DUN Liawan pada PRN ini.

Dalam pemilihan di DUN Liawan, Banan berhadapan pertanding­an tujuh penjuru melibatkan penyandang Rasinin Kautis (WARISAN), Yatin Kukung (LDP), Datuk Jake Nointin (Bebas), Mazlan Latif (PCS), Datuk Daniel Kinsik (PBS) dan Leong Chau Chu (USNO).

 ??  ?? SAIRIN
SAIRIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia