Utusan Borneo (Sabah)

Gadis jelita cuba menawan hati pengundi DUN Likas

- Oleh Yap Siong Han

SUASANA perubahan sepenuhnya bakal dinikmati penduduk sekiranya Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Dr Chang Kee Ying diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Beliau yang berusia 32 tahun itu adalah seorang doktor dalam pergigian dan mula berkecimpu­ng dalam dunia politik sejak 2015.

Beliau memilih untuk menyertai MCA pada ketika itu adalah disebabkan berkeingin­an untuk memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat. Selain bergiat aktif dalam politik, dia juga aktif menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Mercy Malaysia Sabah Chapter dan Pergerakan Wanita Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS)

“Ini adalah kali pertama saya menjadi calon dalam pilihan raya dan saya mempunyai aspirasi yang baik untuk penduduk Likas,” katanya.

Dalam manifeston­ya, beliau berhasrat untuk memperkasa­kan masyarakat dengan mewujudkan sebuah pusat komuniti berskala besar khususnya bagi mengadakan pelbagai aktiviti atau bengkel kemahiran berfaedah kepada penduduk sekitarnya.

Beliau inginkan sebuah pentadbira­n yang disertai komuniti dan penduduk tempatan digalakkan untuk memberikan maklum balas bagaimana boleh menjadikan

Likas sebagai sebuah kawasan sesuai didiami serta disayangi bersama.

Mempromosi­kan kebersamaa­n komuniti serta pengisian kendiri dengan menyediaka­n persekitar­an selamat dan selesa di mana orang ramai boleh bertemu serta menyertai pelbagai aktiviti sosial dan jasmani; kumpulan sokongan; sukarelawa­n; pembelajar­an dengan matlamat meningkatk­an kualiti hidup secara menyeluruh.

Menyediaka­n sebuah hab perkhidmat­an dan informasi sehenti yang menggabung­kan semua jenis perkhidmat­an, informasi, peluang dan bantuan kepada penduduk Likas.

Seorang yang ceria, cantik dan comel, Chang juga berhasrat untuk memacu golongan belia ke arah lebih membina dengan menggalakk­an penyertaan secara aktif dalam isu-isu serta dasar pentadbira­n bandar.

Memupuk semangat sukarela dan menyokong kemahiran hidup dalam kalangan orang muda.

Beliau juga mahu mewujudkan satu sistem pentadbira­n yang lebih baik bagi pusat pengumpula­n bahan buangan kitar semula.

Menjalanka­n kerja-kerja mencantikk­an serta memelihara taman-taman persiaran serta tempat-tempat terbuka.

Beliau juga percaya kesesakan lalu lintas di kawasan Likas boleh diatasi sekiranya semua penduduk boleh mengilhamk­an satu inisiatif yang boleh digunakan bersama.

“Mewujudkan inisiatif adalah lebih baik daripada membuat aduan sahaja,” katanya.

Chang berjanji akan sentiasa bersama rakyat Likas tidak kira dalam keadaan baik atau sebaliknya. “Saya bukan mahu jadi YB untuk mengejar kekayaan tetapi mahukan satu platform untuk memberikan perkhidmat­an kepada rakyat di sini tanpa mengira latar belakang atau perbezaan,” katanya.

DUN Likas mempunyai kira-kira 15,000 pengundi berdaftar dan 75 peratus terdiri daripada kaum Cina. Daripada jumlah itu 54 peratus adalah golongan wanita dan kebanyakka­n berumur diantara 50 tahun sehingga 60 tahun.

 ??  ?? DITERIMA BAIK: Antara aktiviti dilakukan Dr Chang untuk menambat hati pengundi.
DITERIMA BAIK: Antara aktiviti dilakukan Dr Chang untuk menambat hati pengundi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Dr Chang (tengah) bersama pasukannya dalam kempen PRN.
KENANGAN: Dr Chang (tengah) bersama pasukannya dalam kempen PRN.
 ??  ??
 ??  ?? DR CHANG KEE YING
DR CHANG KEE YING
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia