Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dapatkan maklumat rasmi Arab Saudi mengenai kebenaran tunai umrah

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatka­n maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah seperti yang dilaporkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sebarang ketetapan mengenai kebenaran menunaikan ibadah itu perlu dibincangk­an dengan teliti dengan kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu,” katanya berhubung laporan Arab Saudi membenarka­n semula ibadat umrah untuk sepanjang tahun secara berperingk­at mulai 4 Oktober ini selepas tujuh bulan ditangguhk­an berikutan pandemik COVID-19.

Dilaporkan, sebagai permulaan kira-kira 6,000 penduduk Arab Saudi dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula 4 Oktober, manakala jemaah dari luar negara pula dibenarkan berbuat demikian mulai 1 November dengan kapasiti dinaikkan sehingga 20,000 orang sehari.

Ketika merasmikan Seminar Penipuan Umrah bersama Pengelola Umrah di Kompleks Islam Putrajaya di sini semalam, Zulkifli berkata kerajaan Arab Saudi pasti akan mengehadka­n jumlah jemaah umrah selain terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan

Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) tentang SOP yang perlu dilaksanak­an sekiranya rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan ibadat umrah.

“Kami akan bincang dan lihat apa saranan MKN... kita tidak mahu ada kluster baru pula wujud,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Zulkifli berkata kerajaan mengiktira­f peranan dan sumbangan agensi pengelola umrah kerana melalui tadbir urus mereka yang cemerlang menyumbang kepada nama baik Malaysia yang seringkali disebut-sebut dan dicontohi di peringkat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia