Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Kes baharu catat tiga angka, tiga kematian

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali mencatat tiga angka pada 147 kes yang turut merangkumi 143 jangkitan tempatan selain merekodkan tiga kematian baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembang­an terbaharu itu menjadikan kes terkumpul wabak tersebut berjumlah 10,505 yang meragut 133 nyawa.

Katanya kes penularan tempatan melibatkan 115 rakyat Malaysia dan 28 warga asing, manakala kes import pula membabitka­n tiga rakyat tempatan dan satu warga asing yang pulang dari India (3 kes) dan Indonesia (1 kes).

“Bagi kes penularan dalam negara, sebanyak 134 kes dikesan di Sabah; lima di Kedah; Selangor (2) dan masing-masing satu di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembang­an COVID-19 semalam.

Memperinci­kan kes kematian, Dr Noor Hisham berkata dua dilaporkan di Sabah, sementara satu lagi di Kedah.

Beliau berkata, kematian ke-131 (kes ke-10495) adalah wanita Indonesia berusia 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Wanita itu mengalami gejala lemah badan, muntah, batuk dan demam pada 14

September Kes dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau, Sabah pada 18 September dalam keadaan separa sedar.

“Keadaannya merosot dan dipindahka­n ke unit rawatan rapi (ICU) pada 19 September dan disahkan meninggal dunia pada hari sama, kirakira 10.20 malam. Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September,” katanya.

Beliau berkata kematian ke-132 (kes ke-10493) pula ialah seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang mendapatka­n rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah pada 18 September selepas mengalami gejala demam, batuk dan sukar bernafas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia