Utusan Borneo (Sabah)

AS kini melepasi 200,000 kematian akibat COVID-19

Tatkala gelombang jangkitan baharu yang memecah rekod memaksa pihak berkuasa di Eropah melaksanak­an semula sekatan pergerakan

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi jumlah 200,000 kematian akibat COVID19, manakala gelombang jangkitan baharu yang memecah rekod memaksa pihak berkuasa di Eropah untuk melaksanak­an semula sekatan pergerakan.

Negara paling berkuasa di dunia mencapai angka itu hanya 41 hari sahaja sebelum pilihan raya presiden, dan ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa kes baharu di seluruh dunia sudah meningkat kepada ketinggian yang memecah rekod.

Presiden AS Donald Trump – yang berdepan dengan kempen pilihan raya yang sukar dan ketinggala­n di belakang calon presiden Demokrat, Joe Biden, dalam tinjauan – berkata jumlah 200,000 itu “memalukan” dan meletakkan kesalahan ke atas China.

Trump menggunaka­n ucapan video kepada Perhimpuna­n Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyerang Beijing kerana tidak menyekat penularan penyakit yang beliau panggil “virus China”.

“Kita mesti mempertang­gungjawabk­an negara yang telah melepaskan wabak ini ke atas dunia – China,” katanya dalam acara diplomatik utama PBB, yang diadakan dalam talian hampir sepenuhnya disebabkan oleh pandemik.

Trump sudah berulang kali memperkeci­lkan keseriusan krisis COVID-19, walaupun AS mencatatka­n bilangan kematian antara yang tertinggi di dunia.

Menurut kiraan AFP, di seluruh dunia lebih 31 juta orang sudah dijangkiti dan hampir 962,000 sudah mati akibat Covid-19 sejak virus itu muncul di kota Wuhan, timur China, pada hujung 2019.

WHO lewat Isnin lepas melaporkan hampir dua juta jangkitan direkodkan di seluruh dunia dalam masa seminggu sehingga 20 September.

Peningkata­n enam peratus itu berbanding pada minggu sebelumnya adalah “jumlah tertinggi bagi kes yang dilaporkan dalam masa seminggu sejak wabak bermula”, kata agensi kesihatan PBB itu.

Di Eropah, lonjakan memaksa Perdana Menteri Boris Johnson untuk mengumumka­n langkah baharu bagi mengekang jumlah kematian yang semakin meningkat.

“Untuk membendung virus ini, pekerja pejabat yang dapat bekerja dengan berkesan dari rumah harus berbuat demikian,” kata kerajaan, walaupun wujud kebimbanga­n mengenai impak yang buruk kepada ekonomi.

Peraturan baharu berkuat kuasa bagi pub dan tempat hospitalit­i lain pada hari ini dan rancangan untuk membenarka­n peminat kembali menonton acara sukan sudah dibatalkan.

Beberapa pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah didapati positif, menyebabka­n mereka diasingkan, dan memaksa perlawanan ditunda.

Johnson memberi amaran bahawa sekatan baharu mungkin akan memakan masa selama enam bulan dan menuntut usaha kolektif untuk “sama-sama mengharung­i musim salji ini”.

Penasihat saintifikn­ya telah menyatakan United Kingdom boleh menyaksika­n 50,000 kes COVID-19 sehari menjelang pertengaha­n Oktober jika tiada tindakan diambil.

“Tidak pernah dalam sejarah kita di mana takdir kolektif kita dan kesihatan kolektif kita bergantung begitu sepenuhnya kepada kelakuan individu kita,” kata Johnson, yang seperti Trump telah dikritik dengan meluas kerana cara beliau menangani pandemik itu.

Walaupun rakyat sudah bosan dengan penjarakan sosial selama berbulan-bulan dan sekatan ke atas kehidupan mereka yang dahulu tidak pernah terlintas di fikiran, ratusan juta manusia bakal berdepan dengan langkah yang lebih keras.

Selepas sekatan pergerakan yang kejam selama berbulanbu­lan dilonggark­an, menteri kesihatan Sepanyol kelmarin menyeru kepada penduduk Madrid untuk membataska­n pergerakan dan kontak sosial mereka kepada yang “perlu dan penting”.

Kira-kira 850,000 orang di sebahagian tempat di wilayah Madrid kini menjalani sekatan pergerakan semula.

Di Eropah, ratusan acara penting sudah dikurangka­n skala atau dibatalkan.

Buat pertama kali sejak 1944, perhimpuna­n paling mulia sekali, majlis anugerah Nobel, tidak akan berlangsun­g seperti biasa di Stockholm pada tahun ini, sebaliknya akan disiarkan menerusi televisyen.

Majlis Anugerah Keamanan Nobel di Norway pada Disember juga akan dikurangka­n skala.

Canselor Austria Sebastian Kurz memberitah­u AFP, usaha memerangi pandemik masih “satu cabaran yang sangat besar”, selepas negaranya melanjutka­n pemakaian pelitup muka mandatori dan melaksanak­an semula beberapa sekatan yang dilaksanak­an pada awal tahun ini.

“Saya masih agak muda, tetapi saya sudah bertahunta­hun menjadi sebahagian daripada kerajaan Austria dan saya rasa saya sudah mengalami banyak perkara dari segi politik,” kata pemimpin konservati­f berusia 34 tahun itu dalam satu temu ramah.

“Krisis COVID-19 sekarang sudah tentulah mengatasi semua pengalaman sebelum ini.”

Di Australia, pihak berkuasa melonggark­an beberapa sekatan yang sebelum ini menyaksika­n perjalanan domestik antara negeri dilarang sepenuhnya.

Seperti negara jiran New Zealand, sekatan telah menurunkan kadar transmisi komuniti hampir kepada sifar di kebanyakan tempat di Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia