Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan ikan paus pandu mati terdampar di selatan Australia

- — Gambar AFP

SYDNEY: Ratusan ikan paus pandu mati selepas terdampar secara besar-besaran di selatan Australia walaupun usaha telah dibuat untuk menyelamat­kan haiwan tersebut, dan penyelamat bertungkus­lumus semalam untuk membebaska­n beberapa puluh lagi yang masih hidup.

Sebanyak 200 lagi ikan paus pandu yang bersirip panjang dijumpai semalam di Macquarie Harbour, di pantai barat yang kasar dan tidak dihuni ramai orang di Tasmania, menjadikan jumlah yang sudah terdampar di pantai pada minggu ini sebanyak 470.

Kira-kira 270 ikan paus pandu dijumpai Isnin lepas, yang mencetuska­n usaha besar-besaran untuk membebaska­n mamalia gergasi itu dari beting pasir yang hanya dapat diakses oleh bot.

Pengurus Jabatan Taman dan Hidupan Liar Nic Deka berkata kebanyakan kumpulan kedua, yang dijumpai awal pagi semalam oleh kru pengawasan udara, dipercayai sudah mati.

“Kita ada sebuah bot yang sudah tiba di lokasi, jadi mereka sudah menilai satu kumpulan – kumpulan lebih kecil yang berada di satu teluk – dan semua ikan paus di sana sudah mati,” katanya kepada AFP.

“Mereka kini menuju ke teluk kedua di mana kumpulan lebih besar berada.”

Kru penyelamat yang terdiri daripada 60 aktivis pemulihara­an, sukarelawa­n mahir dan pekerja ladang ikan tempatan kini menumpukan usaha mereka kepada mangsa yang selamat daripada kumpulan pertama, yang sebahagian­nya berada di bawah air.

“Penilaian terbaik yang kita dapat dari pagi ini ialah antara 50 hingga 70 ikan paus berpotensi masih hidup,” kata Deka.

“Jadi kita menumpukan usaha kita kepada haiwan tersebut.”

Penyelamat menghabisk­an masa kelmarin meredah air cetek yang sejuk untuk membebaska­n kira-kira 25 haiwan tersebut, dengan menggunaka­n bot yang dipasang dengan anduh istimewa untuk membimbing ia balik ke lautan terbuka.

“Mereka fokus kepada tugasan – ia adalah kerja yang mencabar, ada di antara mereka yang meredah air sejuk sehingga paras dada, jadi kami cuba menggilirk­an kru,” kata Deka.

“Ia sangat meletihkan dari segi fizikal. Ia juga meletihkan dari segi emosi.”

Penemuan 200 lagi ikan paus menjadikan kejadian ikan paus terdampar itu yang terbesar direkodkan di Tasmania, sebuah negeri pulau di perairan pantai selatan tanah besar Australia.

Ia dijumpai antara tujuh hingga 10 kilometer dari kumpulan pertama, dan jarak serta air yang dicemari tanin bermakna penyelamat tidak dapat mengesanny­a lebih awal.

Pegawai kini sudah memperluas­kan kawasan pencarian mereka untuk melihat sama ada lebih banyak lagi ikan paus terdampar berhampira­n.

Beberapa ikan paus yang diselamatk­an kelmarin terdampar semula pada waktu malam selari dengan ramalan oleh pakar kelakuan ikan paus, tetapi Deka tetap yakin dengan misi menyelamat itu kerana beberapa lagi berjaya dibebaskan semalam.

“Berita baik ialah majoriti ikan paus yang diselamatk­an masih berada di air dalam dan berenang,” katanya kepada pemberita di bandar berhampira­n Strahan.

“Ia tidak terkandas. Jadi kami lebih berjaya berbanding tidak berjaya.”

Punca kejadian ikan paus terdampar secara besar-besaran masih belum diketahui – termasuk oleh saintis yang sudah mengkaji fenomena itu selama berdekad-dekad.

Bagaimanap­un beberapa penyelidik­an berpendapa­t ikan paus pandu yang begitu suka bergaul mungkin telah terkeluar dari landasan selepas mencari makanan berhampira­n pinggir pantai atau mengekori mana-mana ikan paus yang tersesat.

Pakar biologi marin jabatan alam sekitar Tasmania, Kris Carlyon, berkata ia adalah satu “kejadian semula jadi” kerana kejadian di mana spesies itu terdampar kerap berlaku dalam sejarah baik di selatan Australia mahupun di negara jiran New Zealand.

“Kita ada masuk campur dan menyahut kepada situasi ini, tetapi sama ada kita dapat mencegah kejadian ini atau tidak pada masa depan, kita sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Carlyon berkata isu kebajikan haiwan merupakan satu sebab utama kenapa pihak berkuasa dan aktivis pemulihara­an campur tangan dalam kejadian ikan paus terdampar secara besar-besaran, selain jangkaan awam dan keupayaan untuk mempelajar­i lebih banyak lagi tentang spesies itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERDAMPAR: Gambar diterima daripada Brodie Weeding dari The Advocate kelmarin menunjukka­n ratusan ikan paus pandu yang terdampar di pantai di Macquarie Harbour, Tasmania.
— Gambar AFP TERDAMPAR: Gambar diterima daripada Brodie Weeding dari The Advocate kelmarin menunjukka­n ratusan ikan paus pandu yang terdampar di pantai di Macquarie Harbour, Tasmania.
 ??  ?? USAHA MENYELAMAT: Gambar diterima daripada Brodie Weeding dari The Advocate kelmarin menunjukka­n anggota penyelamat cuba menyelamat­kan ratusan ikan paus pandu yang terdampar di pantai di Macquarie Harbour, Tasmania.
USAHA MENYELAMAT: Gambar diterima daripada Brodie Weeding dari The Advocate kelmarin menunjukka­n anggota penyelamat cuba menyelamat­kan ratusan ikan paus pandu yang terdampar di pantai di Macquarie Harbour, Tasmania.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia