Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Kanada mengaku tidak bersalah ancam keselamata­n Trump

-

NEW YORK: Seorang wanita Kanada yang dituduh mengirim sepucuk surat yang dibubuh dengan racun jenis ricin kepada Donald Trump telah didakwa secara rasmi kelmarin kerana mengancam Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pascale Ferrier, yang berusia 53 tahun dari bandar Quebec, membuat penampilan ringkas di sebuah mahkamah persekutua­n di Buffalo, New York, selepas dia ditangkap di pintu sempadan pada hujung minggu lepas.

Menerusi seorang penterjema­h Perancis-Inggeris, dia memohon perwakilan daripada seorang peguam lantikan mahkamah.

Majistret AS Hakim Kenneth Schroeder mencatatka­n pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya, yang memberikan­nya lebih banyak hak pada peringkat ini dalam prosiding mahkamah.

Menurut dokumen pertuduhan yang didedahkan kelmarin, Ferrier mengirim satu sampul ke Rumah Putih yang mengandung­i ricin, sejenis protein tumbuhan yang amat toksik sekali dan diperolehi daripada benih tanaman kacang kastor.

“Saya menjumpai nama baharu untuk anda: ‘Badut Zalim Yang Hodoh’. Saya harap anda menyukainy­a,” kata satu nota alam surat itu, menurut seorang juruteknik bom ejen khas FBI yang memfailkan afidavit sebagai sebahagian daripada laporan jenayah.

“Anda merosakkan AS dan membawanya kepada bencana,” tambah nota itu. “Berhentila­h dan keluarkan permohonan anda untuk pilihan raya ini. Jadi saya telah membuat ‘Hadiah Khas’ supaya anda dapat membuat keputusan. Hadiah ini ada di dalam surat ini.”

“Jika ia tidak berjaya, saya akan cari resipi yang lebih baik untuk racun lain, atau saya mungkin menggunaka­n pistol saya apabila saya dapat datang nanti. Berseronok­lah! SEMANGAT PEMBERONTA­K BEBAS .”

Afidavit berkenaan menyebut penyiasat menjumpai enam surat tambahan yang dikirim ke Texas pada pertengaha­n September kepada orang yang menjadi kakitangan pusat tahanan di mana Ferrier pernah ditahan pada 2019 selepas dia ditangkap kerana pemilikan senjata api.

Dia menggunaka­n bahasa yang sama dalam semua surat tersebut dan dalam akaun media sosial yang dikaitkan dengannya, menurut dokumen mahkamah.

Kelmarin Ferrier bercakap hanya dalam kata ekasuku dan memohon pembicaraa­n khas diadakan pada 28 September.

Pendakwa raya AS perlu membuktika­n identitiny­a sebelum meneruskan prosiding.

Ferrier, yang dianggap berisiko melarikan diri, akan ditahan sehingga itu tanpa ikat jamin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia