Utusan Borneo (Sabah)

Kes saman cukai pendapatan RM57.17 juta LHDN terhadap Ku Nan selesai

-

KUALA LUMPUR: Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57.17 juta yang tidak dibayar bekas Menteri Wilayah Persekutua­n itu sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Peguam S. Saravana Kumar, yang mewakili Tengku Adnan, bagaimanap­un tidak mendedahka­n terma-terma penyelesai­an termasuk jumlah yang perlu dibayar Ahli Parlimen Putrajaya itu kepada LHDN.

“Kedua-dua pihak telah menyelesai­kan perkara itu secara baik,” katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesai­an dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan AlHummidal­lah Idrus serta Timbalan Penguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain bagi pihak LHDN.

Saravana Kumar juga berkata mahkamah kemudian merekodkan penghakima­n persetujua­n bagi penyelesai­an itu.

Pada 2 Sept lepas, keduadua pihak memaklumka­n Azimah bahawa mereka dalam proses menyelesai­kan kes saman itu.

Azimah telah memberikan tempoh selama dua minggu kepada kedua-dua pihak membincang­kan penyelesai­an itu dan berkata jika tidak ada penyelesai­an pada 23 Sept (hari ini), mahkamah akan meneruskan pendengara­n permohonan bagi penghakima­n terus LHDN serta permohonan Tengku Adnan untuk menggantun­g prosiding.

Penghakima­n terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraa­n.

Dengan penyelesai­an itu, kedua-dua permohonan tidak akan didengar oleh mahkamah.

Kerajaan Malaysia melalui

LHDN memfailkan saman itu pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan selaku defendan masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN, dalam tuntutanny­a, mendakwa sehingga kini Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atasjumlah­RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakima­n sehingga tarikh realisasi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI: Tengku Adnan berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57.17 juta yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi semalam.
— Gambar Bernama SELESAI: Tengku Adnan berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57.17 juta yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia