Utusan Borneo (Sabah)

Bekas penolong pengarah SME Corp Terengganu didakwa terima suapan RM29,700

-

KUALA TERENGGANU: Bekas Penolong Pengarah SME Corp Negeri Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap empat pertuduhan menerima suapan keseluruha­n bernilai RM29,700 berkaitan pengesahan kerja-kerja pembersiha­n pejabat dari 2015 hingga 2018.

Halimah Musa Brahim, 42, yang ketika ini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi SME Corp di Kuala Lumpur membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Bagi semua pertuduhan, Halimah didakwa telah menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan apabila dia menyokong pengesahan bagi kerja pembersiha­n pejabat SME Corp Negeri Terengganu oleh Syarikat NDZ Creative Resources masing-masing berjumlah RM3,300; RM4,400; RM13,200; dan RM8,800.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Oktober hingga 1 Disember 2015; pertuduhan kedua pada 12 Januari hingga 1 November 2016; pertuduhan ketiga (2 Januari hingga 3 Disember 2017) manakala pertuduhan keempat (7 Januari hingga 12 Ogos 2018), yang mana semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat SME Corp Malaysia Negeri Terengganu.

Semua kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Jamaludin membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, serta menetapkan 1 November untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadhly Yaacob. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA PADAH: Halimah (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalamter­hadap empat pertuduhan menerima suapan keseluruha­n bernilai RM29,700 berkaitan pengesahan kerja-kerja pembersiha­n pejabat dari 2015 hingga 2018.
— Gambar Bernama TERIMA PADAH: Halimah (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalamter­hadap empat pertuduhan menerima suapan keseluruha­n bernilai RM29,700 berkaitan pengesahan kerja-kerja pembersiha­n pejabat dari 2015 hingga 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia