Utusan Borneo (Sabah)

Rompak emas di lebuh raya sama seperti di Ipoh tahun lepas: Polis

Polis tidak menolak kemungkina­n ia dilakukan oleh kumpulan sama

-

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti kemungkina­n kejadian rompak emas di Lebuhraya Besraya kelmarin dan rompakan serupa di Ipoh pada Ogos tahun lepas, dilakukan oleh kumpulan sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin pada sidang media di sini berkata pihak polis sedang berusaha untuk memastikan identiti dan menentukan modus operandi pelaku.

“Rompakan yang berlaku semalam (kelmarin) masih dalam siasatan... terdapat beberapa persamaan antara kedua-dua kes, Jabatan Siasatan Jenayah KL (CID) akan berhubung dengan rakan sejawatan di Perak mengenai butirannya,” kata Saiful Azly.

Beliau berkata, adalah penting bagi polis untuk mewujudkan pelan berkesan bagi menghalang insiden sama berulang.

“Mungkin kami boleh jalankan satu operasi khas dengan kerjasama pemilik kedai emas dan pengurup wang untuk memastikan insiden seperti ini tidak berlaku,” katanya.

Saiful Azly turut menjawab pertanyaan media mengenai ketiadaan pengiring keselamata­n untuk mengawasi barangan berharga itu dalam kejadian berkenaan.

“Kami sentiasa menasihatk­an mereka untuk mengupah anggota keselamata­n. Bagaimanap­un keputusan adalah di tangan mereka sendiri... mungkin mereka sudah biasa bergerak sendiri (tanpa pengiring keselamata­n),” kata Saiful Azly pada sidang media di sini semalam selepas majlis pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Kelmarin media melaporkan seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas dan rakannya berdepan detik cemas apabila dirompak tiga lelaki bersenjata­kan parang, di lebuh raya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya) di sini.

Kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan mengedarka­n barang kemas di sekitar Kuala Lumpur, dihalang dua kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam, sebelum tiga lelaki yang memakai topeng muka jenis ski kemudianny­a memecahkan cermin kereta dan membawa lari kereta itu.

“Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 21 tahun itu ditarik keluar dari kereta dan ditinggalk­an di tepi jalan. Mereka turut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang pecah.

Polis menemukan kereta yang dilarikan itu dalam keadaan terbakar di kawasan Damansara.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s ACP Zairulniza­m Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana rompak bersenjata. — Bernama

Mungkin kami boleh jalankan satu operasi khas dengan kerjasama pemilik kedai emas dan pengurup wang untuk memastikan insiden seperti ini tidak ” berlaku. Datuk Saiful Azly Kamaruddin Ketua Polis Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia