Utusan Borneo (Sabah)

Enam pelajar sekolah menengah di Melaka positif dadah: AADK

-

MELAKA: Enam pelajar sekolah menengah di Melaka dikesan positif dadah jenis Methamphet­amine hasil ujian saringan air kencing dilaksanak­an Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengarah AADK Melaka Nazir Mohamad berkata jumlah itu dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan terhadap 554 pelajar dari 19 sekolah menengah iaitu 172 orang daripadany­a disaring di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (179 orang) dan Jasin (203 orang).

“Umur pelajar paling muda yang positif dadah ialah 15 tahun dan perkara ini agak membimbang­kan serta perlu dicegah pada peringkat awal agar mereka tidak terlibat dalam penyalahgu­naan atau penagihan dadah pada usia muda.

“Saringan berdasarka­n maklumat atau permintaan daripada pihak sekolah dan kriteria pelajar terlibat seperti kerap ponteng sekolah dan mempunyai masalah disiplin,” katanya kepada pemberita pada Wawancara Khas Bersama Pengarah AADK Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata seramai enam penjawat awam daripada 959 orang yang disaring daripada 19 agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini dikesan positif dadah jenis methamphet­amine dalam tempoh sama, menerusi Program Tempat Kerja Bebas Dadah.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata AADK Melaka telah menahan sebanyak 243 penagih dadah di rumah masing-masing menerusi Operasi Aduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 9 Jun lepas.

Beliau berkata tangkapan dilakukan berdasarka­n aduan yang dilaporkan pihak keluarga menerusi hotline AADK sebagai langkah pencegahan mengelak individu tersebut melakukan perbuatan lebih berat seperti jenayah domestik iaitu penderaan fizikal atau seksual terhadap ahli keluarga.

“Kita juga meneruskan program kaunseling dalam talian kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) dalam tempoh PKP selain kaunseling kelompok secara berkumpula­n juga menerusi medium dalam talian kerana ia penting untuk memastikan OKP berkenaan tidak diabaikan,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia