Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan ujian saringan kedua COVID-19 Ahmad Zahid negatif

-

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian saringan kedua Reverse Transcript­ase Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 yang dijalani Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin lalu adalah negatif.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi WhatsApp ketika dihubungi Bernama semalam.

“Keputusan ujian kedua RT-PCR Datuk Seri Ahmad Zahid yang keluar pada 9.30 malam tadi (kelmarin) adalah negatif. Kami telah maklumkan (keputusan) kepada mahkamah dan pihak pendakwaan,” katanya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad turut mengesahka­n perkara itu.

Semasa prosiding perbicaraa­n kes Ahmad Zahid Isnin lalu, mahkamah membenarka­n permohonan bekas timbalan perdana menteri itu untuk menangguhk­an perbicaraa­n pada petang Isnin dan kelmarin, susulan ujian saringan COVID-19 yang dijalaniny­a.

Ini berikutan, Hamidi memaklumka­n kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani ujian saringan kedua di Hospital KPJ Tawakal di sini pada Isnin lalu.

Peguam itu berkata keputusan bagi ujian saringan pertama Ahmad Zahid adalah negatif.

Berdasarka­n akaun media sosial rasmi milik Presiden UMNO itu, beliau berada di Sabah sejak minggu lepas bagi kempen Pilihan Raya Negeri Sabah dan tiba di sini Ahad lalu.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n kes itu akan bersambung Isnin depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia