Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin teruskan kerja seperti biasa

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat kabinet yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra semalam berlangsun­g seperti kebiasaan pada hari Rabu, walaupun kini timbul dakwaan yang mengatakan kerajaan pimpinanny­a telah jatuh.

Ia susulan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu kota semalam yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah ‘jatuh’, dan dia (Anwar) memiliki majoriti yang kukuh serta meyakinkan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Sejurus selepas tamat mesyuarat kabinet, Muhyiddin seperti biasa terus ke pejabatnya, dan semalam beliau melancarka­n buku The COVID-19 Chronicles of Malaysia (Second Edition).

Pada jam 2.30 petang, Muhyiddin kemudianny­a menyampaik­an ucapan khas ‘Kita Prihatin’ yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, untuk mengumumka­n pelbagai inisiatif baharu yang dibawa kerajaan di bawah program PRIHATIN.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dalam catatan tweet bagi meredakan kebimbanga­n berhubung dakwaan itu berkata tiada apa yang berubah semalam, dan tiada yang ‘jatuh’.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” kata Khairy.

Menteri Kesihatan Datuk

Seri Dr Adham Baba pula semasa ditanya sama ada mesyuarat menyentuh perkara mengenai dakwaan Anwar itu sekadar berkata “ada, ada”, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Anwar turut mendakwa beliau sedang menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan perkembang­an itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN BUKU: Muhyiddin melihat buku ‘The COVID-19 Chronicles of Malaysia’ selepas melancarka­n buku itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN BUKU: Muhyiddin melihat buku ‘The COVID-19 Chronicles of Malaysia’ selepas melancarka­n buku itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia