Utusan Borneo (Sabah)

Anwar dakwa ada ‘sokongan kukuh dan meyakinkan’

Yakin akan membentuk kerajaan baharu bagi menggantik­an PN

-

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantik­an kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anwar berkata, beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang diPertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhk­an berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulil­lah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahk­an kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tanpa mendedahka­n jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar, yang juga Ketua Pembangkan­g berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin

Melayu dan Islam.

Membayangk­an sokongan itu sebagai jauh daripada majoriti kecil, Anwar berkata semua langkah dan perincian lanjut akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang diPertuan Agong.

Sementara itu, ditanya kemungkina­n penubuhan gabungan baharu yang bakal menggantik­an kerajaan PN, beliau tidak menolak kemungkina­n perkara itu.

“Sudah tentu akan ada satu gabungan dengan rakan yang baharu. Melalui sokongan ini kami akan membincang­kan satu bentuk muafakat dan persefaham­an yang baharu.

“Kami mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan menolak segala bentuk ketidakadi­lan,” katanya pada sidang media yang dihadiri pemimpin utama PKR.

Ditanya mengenai kemungkina­n bekerjasam­a dengan Muhyiddin bagi pembentuka­n gabungan baharu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengalu-alukan jika Muhyiddin sedia bekerjasam­a dan menyertain­ya.

“Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan dia bekerjasam­a akan membantu supaya perubahan dan peralihan, aman dan teratur, seandainya beliau bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.

Menyentuh penglibata­n Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata buat masa

Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR

sekarang pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu belum menunjukka­n sebarang sokongan kepadanya.

Presiden PKR itu menegaskan bahawa apa yang diumumkann­ya semalam tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsun­g.

“Sabah itu merupakan pilihan raya yang sedang berjalan, tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan.

“Saya umumkan sebaik sahaja jumlah ada jelas, dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Malah pertemuan saya dan (Wan) Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong sudah pun ditetapkan semalam (kelmarin)… jadi kalau ikut rencana kita, kita patut umum semalam (kelmarin),” katanya. — Bernama

 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia