Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen DAP, AMANAH sokong Anwar bentuk kerajaan baharu

-

KUALA LUMPUR: Dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) semalam menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu selepas Presiden PKR itu mendakwa mendapat sokongan mencukupi ahli parlimen.

Kenyataan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu susulan pengumuman Anwar pada sidang media tengah hari semalam bahawa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ ahli parlimen untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataann­ya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kesemua 42 Ahli Parlimen DAP menyokong A n wa r untuk membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Terdahulu pada sidang media itu, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa tetapi ditangguhk­an berikutan Seri Paduka sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti tersebut meletakkan kepercayaa­n kepada Anwar sebagai Pengerusi PH dan mengesahka­n kesemua 11 ahli parlimen AMANAH memberi sokongan penuh kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu.

“Kami mengambil maklum pengumuman yang dibuat Anwar hari ini (semalam) bahawa beliau memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Seperti yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH sebelum ini, AMANAH mengesahka­n bahawa semua 11 ahli parlimen menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar sebagai Pengerusi PH dan memberi sokongan penuh kepada beliau ,” katanya dalam kenyataan.

Selain Mohamad (Kota Raj), 10 lagi ahli parlimen AMANAH ialah Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar), Khalid Samad (Shah Alam), Datuk Seri Dr D z u l ke f l yA h mad (Kuala Selangor), dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia