Utusan Borneo (Sabah)

Ramai ahli Parlimen UMNO, BN nyata sokongan kepada Anwar

-

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menerima maklumat terdapat ramai ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi B N berkat aUM N O dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sokongan kepada kerajaan PN hanya merupakan sokongan daripada ahliahli parlimen parti itu.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang menyokong Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.

“Saya dimaklumka­n ramai ahli parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan (kepada Anwar). Saya menghormat­i pendirian mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu merujuk pengumuman Anwar yang juga Ketua Pembangkan­g mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantik­an kerajaan PN.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media tengah hari semalam turut mendakwa beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa tetapi ditangguhk­an berikutan Seri Paduka sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu bersama BN akan terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Atas kapasiti sebagai Presiden MCA, saya menegaskan bahawa pendirian kami adalah jelas bahawa MCA dan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama Muhyiddin. Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berdepan pandemik COVID-19 sejak enam bulan lalu.

“Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook semalam.

Wee menyifatka­n pengumuman Anwar itu seperti mensabotaj negara yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara dan ini dibuktikan apabila sejurus pengumuman itu, KLCI jatuh 10.5 mata.

Beliau juga berkata Anwar kembali menggunaka­n taktik lama apabila pernah mendakwa mendapat sokongan 30 ahli parlimen dan “menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008”, namun perkara itu tidak berlaku.

“Ketika bercakap kepada pemberita tengah hari tadi, beliau (Anwar) dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan ahli parlimen yang bersama dengannya.

“Sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggun­gjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsun­gnya Pilihan Raya Negeri Sabah. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi perdana menteri,” kata Wee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia