Utusan Borneo (Sabah)

Sabah destinasi pelancong terbesar

Dikunjungi paling ramai pelancong pada 2019, diikuti Pulau Pinang dan Selangor

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri menerima kedatangan pelancong paling ramai 2019 di negara ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sabah mempunyai kedatangan tertinggi dari segi pelancong antarabang­sa dan domestik, diikuti Pulau Pinang dan Selangor.

“Saya tahu, saya di sini ketika itu untuk mesyuarat,” katanya ketika berucap di Program Meet The People bersama WARISAN Plus dan calon PKR DUN Api-Api Datuk Christina Liew di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini adalah persoalan mengenai masa depan dan maruah rakyat Sabah.

“Tolak pencuri yang datang ke Sabah untuk cuba mencuri kerajaan yang demokrasi, dengan membeli orang sebagai sebahagian daripada cara mereka untuk merampas kuasa kerajaan Sabah.

“26 September ini, tolak Perikatan Nasional (PN), tolak Barisan Nasional (BN), pilihlah WARISAN Plus di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,

Pakatan Harapan dan Keadilan.

“Kembalikan mandat kepada Shafie menjadi Ketua Menteri sekali lagi bagi memastikan melindungi autonomi negeri dan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Undilah Christina dan rakan-rakan lain di bawah logo PKR. Ulangi kejayaan kita menumbangk­an Kerajaan BN/UMNO pada 2018, jangan gadaikan masa depan hanya kerana RM50, RM100 atau RM1,000,” katanya.

Ketika ditemui Amirudin mengakui pencapaian sektor pelanconga­n Sabah adalah disebabkan dengan kekayaan alam semula jadi yang dapat dijadikan tarikan utama.

Katanya, Sabah adalah negeri yang cantik, banyak pulau yang indah dan mempunyai destinasi selaman yang tercantik di dunia.

 ??  ?? KENANGAN: Christina (dua kiri) bersama Amirudin (tengah) serta pemimpin PKR yang lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Christina (dua kiri) bersama Amirudin (tengah) serta pemimpin PKR yang lain merakamkan gambar kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia