Utusan Borneo (Sabah)

Jentera BN Sabah berfungsi baik

Untuk pastikan setiap calon bertanding mencapai kemenangan

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Jenterajen­teraBarisa­nNasional(BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) di seluruh negeri Sabah kini berfungsi dengan baik.

Pengerusi BN Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, jentera BN seluruh Sabah dilihat berfungsi dengan baik setelah dia sendiri turun menjelajah selama lapan hari ke beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi BN.

“Dalam siri jelajah itu, saya dapati ada beberapa kawasan yang mana jenteranya masih tidak berfungsi 100 peratus.

“Dan saya telah meminta supaya semua jentera BN digerakkan 100 peratus kerana hari pembuangan undi semakin dekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Operasi Jentera DUN Lamag selepas mengadakan kempen di beberapa kampung.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Sabah menegaskan pihaknyake­namengambi­llangkah drastik bagi memastikan semua jentera BN berfungsi dengan baik bagi memastikan calon-calon bertanding memenangi kerusi itu.

Bung Moktar juga menegaskan agar semua jentera di seluruh peringkat perlu bekerjasam­a dalam satu ikatan kekeluarga­an yang lebih bebar dan kuat demi membawa kejayaanbe­sardalamPi­lihanRaya Negeri (PRN) Sabah ini.

Beliau yang juga bertanding di kerusi DUN Lamag berkata, dia telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin bagi merencanak­an strategi yang penting bagi memastikan jentera BN itu di paras maksimum.

“Saya juga akan bertemu dengan pengundi di kawasan Lamaginiba­gimemperje­laskan pelbagai isu yang dibawa oleh parti lawan termasuk pemberian tanah kepada rakyat,” katanya.

Bung Moktar tidak mahu lagi rakyat terus tertipu dengan taktik Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mencanang pemberian tanah kepada rakyat sedangkan tanah itu terletak dalam hutan simpan kawasan tadahan air.

Beliau berkata, pemimpin WARISAN menabur janji palsu di Parlimen Kinabatang­an sempena PRN Sabah hanyasemat­a-matabagime­raih undi.

“Ini satu pembohonga­n kepada rakyat dan amat tidak masuk akal untuk dilaksanak­an oleh pemimpin WARISAN di DUN Lamag untuk berhadapan dengan saya,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal yang mengatakan beliau samseng dan memaki hamun, Bung Moktar menjelaska­n terserah kepada Ketua Menteri itu.

“Soal samseng adalah tidak betul, saya tidak pernah menjadi samseng di jalan raya... saya tidak pernah menghalang mana-mana pihak.

“Yang samseng erdapat calon dari WARISAN termasuk salah seorang calonnya mengeluark­an kenyataan yang tidak masuk akal,” katanya.

 ??  ?? DOA: Bung Moktar bersama isteri serta para pemimpin menadah tangan semasa doa dibacakan pada siri kempen di kawasan DUN Lamag.
DOA: Bung Moktar bersama isteri serta para pemimpin menadah tangan semasa doa dibacakan pada siri kempen di kawasan DUN Lamag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia