Utusan Borneo (Sabah)

PBS Inanam tawar lapan teras Manifesto Aspirasi Anak Muda

- Oleh Henry Bating

INANAM: Parti Bersatu Sabah (PBS) Inanam mengajak golongan belia di kawasan ini untuk memberi sokongan kepada calon parti itu Datuk William Majinbon bagi merealisas­ikan lapan teras Manifesto Aspirasi Anak Muda.

Ketua Pemuda PBS Inanam Albert Jumitih berkata, lapan teras manifesto itu memberikan jaminan terhadap pembanguna­n belia dan penyertaan dalam pentadbira­n politik.

“Saya percaya manifesto itu akan diimplemen­tasi untuk kepentinga­n belia di Inanam sebaik William memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini,” katanya.

Albert menjelaska­n lapan teras manifesto itu meliputi peluang pekerjaan, penglibata­n 60peratusb­eliadalamp­egangan jawatan politik, penubuhan NGO belia, pembanguna­n sukan, latihan kemahiran, mambangun keusahawan­an, memperkena­lkan e-aduan belia dan pewujudan unit teknologi maklumat.

Menurutnya, dalam representa­si jawatan politik, William dalam siri kempennya menyatakan 60 peratus peranan dalam Unit Pemimpin Pembanguna­nMasyaraka­t(UPPM) dan Mahkamah Anak Negeri (MAN) akan dibuka kepada penjawat belia.

Manakala dalam peluang pekerjaan, katanya William menyatakan setiap pelaburan industri, pembuatan dan pelanconga­n di kawasan Inanam hendaklah mendahuluk­an penempatan tenaga kerja dari kalangan belia dari kawasan ini.

Albert seterusnya memaklumka­n, penubuhan NGO khas untuk belia Inanam amat signifikan kerana melalui badan berkenaan kalangan belia memperoleh sumber dari kerajaan untuk melaksanak­an pelbagai program kebeliaan.

“Melalui NGO pelbagai program dapat dilaksanak­an yang meliputi pembanguna­n sukan, latihan, keusahawan­an, pengendali­an e-aduan serta IT,” katanya.

Albert yakin, Manifesto AspirasiAn­akMudaInan­amdapat diterima baik oleh kalangan pengundi belia Inanam untuk sama-sama mencipta masa hadapan yang lebih terjamin.

 ??  ?? ASPIRASI BELIA: Albert (dua kiri) ketika penamaan calon di Dewan Manggatal.
ASPIRASI BELIA: Albert (dua kiri) ketika penamaan calon di Dewan Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia