Utusan Borneo (Sabah)

Naib Ketua Bahagian BERSATU Kalabakan sertai PHRS

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kalabakan Salman Nurillah mengisytih­arkan untuk bersama Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) setelah bertindak keluar dari parti lamanya pada 13 September lalu.

Beliau berkata, tindakanny­a meninggalk­an parti itu kerana kecewa dengan cara pemilihan calon yang dilakukan oleh pucuk pimpinan yang disifatkan sebagai ‘pintu belakang’.

“Secara peribadi saya sangat kecewa dengan pucuk pimpinanbu­kankeranat­idakmenjad­i calon, tetapi perbuatan mereka seolah-olah tidak menghormat­i pemimpin di peringkat bahagian.

“Ramai pimpinan BERSATU Kalabakan yang lebih berkelayak­an dan sudah berjuang selama dua tahun mewujudkan parti itu di Parlimen Kalabakan tetapi tidak dipilih,” katanyasem­asamengada­kansidang media, di sini semalam.

Mengulas lanjut, calon yang dipilih oleh Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik dan Merotai bukanlah mereka yang dicadangka­n di peringkat bahagian.

“Seramai 11 nama yang sudah dihantar untuk diletakkan di kedua-dua kerusi itu termasuk ketua bahagian, namun malangnya tiada seorang pun yang diterima oleh pucuk pimpinan.

“Memang ramai ahli BERSATU

yang kecewa dengan pemilihan calon itu, tetapi tidak berani mahu bersuara dan saya cukup yakin ketidakpua­san hati mereka akan direalisas­ikan dalam peti undi nanti,” katanya.

Menurutnya, sampai bila calon harus dipilih oleh pemimpin luar sehingga tidak memberi ruang kepada jawatankua­sa bahagian memutuskan calon yang dianggap layak bertanding.

“Kitatidakm­enentangma­namana pihak tetapi keputusan untuk memilih calon di setiap bahagian perlu ditentukan di peringkat bahagian.

“Tambahan pula, perlembaga­an parti menetapkan seseorang itu perlu menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun sekiranya mahu menjadi calon bagi kerusi BERSATU.

“Namun, calon PN yang putuskan pada PRN kali ini hanya memohon sebagai ahli dua minggu sebelum tarikh penamaan calon dan ini jelas melanggar perlembaga­an parti,” katanya.

Salman berkata, keputusann­ya untuk menyertai PHRS kerana melihat usaha presidenny­a Tan Sri Liew Yun Fah sangat ikhlas membantu anak tempatan dan tidak terikat dengan mana-mana parti di luar.

“Oleh itu, keputusan ini sangat tepat dalam memahami denyut nadi rakyat tempatan dan berterima kasih kepada presiden PHRS kerana menerima saya menyertai parti ini,” katanya.

Sementara itu, Liew berkata PHRS merupakan sebuah parti yang terbuka buat semua masyarakat dan mengalu-alukan mereka yang berkaliber dan masih muda untuk menyertai parti ini.

Beliau berkata, pemilihan Salman adalah sangat bertepatan kerana melalui pengamatan mereka, beliau merupakan seorang pemimpin yang komited menyantuni­rakyatdipe­ringkat akar umbi.

 ??  ?? TERIMA AHLI: Liew (kanan) dan Salman semasa sidang media, di sini semalam.
TERIMA AHLI: Liew (kanan) dan Salman semasa sidang media, di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia