Utusan Borneo (Sabah)

LDP merintis budaya baharu politik Sabah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

BONGAWAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan merintis budaya baharu politik Sabah dengan menolak amalan membeli undi dan menabur janji manis untuk menarik sokongan pengundi.

Calon LDP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan Mohd Azree Abd Ghani berkata, parti itu bersaing secara bermaruah dan menghormat­i pengundi sebagai pemberi mandat yang harus mendapat pembelaan sewajarnya.

Tegasnya, slogan LDP ‘Kita Cakap Kita Buat’ menjadi pegangan yang perlu diyakini rakyat dalam usaha parti itu melaksanak­anpembahar­uanmenyelu­ruhdi Sabah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Jika kita memerintah Sabah, kita akan selesaikan masalah di Sabah yang berlarutan dari zaman Usno dan Berjaya. Sekarang kita mahu ubah, kita cakap kita buat, apa yang perlu dilakukan ialah buat kerja.

“Kita tidak mahu lagi janji terang bulan, kita tidak mahu lagi ada orang tengah. Bagi saya, kamu (pengundi) adalah YB saya dan jika saya diberi mandat, kita bersama bangunkan Bongawan ini.

“Saya tahu mereka, YB yang terdahulu pernah berjanji tetapi janji itu kita dengar lima tahun sekali, mereka datang beri sampul, ambil sampul masuk poket, pergi tamu habis, apapun tidak buat sebab sudah masuk poket itu sampul.

“Sekarang kita merintis budaya baharu, orang bagi kita ambil tapi LDP kita tidak akan bagi duit, biar kami menang biar kami kalah bermaruah jangan kami kalah atau menang garagaradu­it,”katanyapad­aprogram kempen, di sini.

Beliau berkata, LDP komited untuk bersama memangkin pembanguna­n Bongawan dan memacu negeri ke arah bebas rasuah, bebas pendatang asing tanpa izin (PTI) dan bebas masalah dadah.

 ??  ?? AZREE
AZREE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia