Utusan Borneo (Sabah)

ROS punya peranan, komitmen tinggi

Persatuan berdaftar hendaklah patuh perlembaga­an, peraturan dan undang-undang

- Jonathan memerhati salah satu sudut pameran.

RANAU: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) punyai peranan dan komitmen tinggi dalam memantau serta melihat secara dekat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan berdaftar bagi memberi nasihat urus tadbir persatuan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin menyifatka­n peranan ROS sebagai penyelia pertubuhan berdaftar memastikan urusan berkaitan persatuan seterusnya membantu memberikan pencerahan berkaitan tatacara pertubuhan baru, syarat-syarat permohonan dan kelulusan sehinggala­h kepada penjelasan berkaitan dengan penolakan sesuatu permohonan.

"Perlu diingatkan kepada semua wakil persatuan berdaftar di bawah JPPM, perlembaga­an yang telah diluluskan oleh ROS adalah terpakai kepada Akta Pertubuhan 1966 yang telah dikuatkuas­akan kerajaan Malaysia.

"Jangan kita mudah alpa akan tanggungja­wab sebagai Ahli Jawatankua­sa dalam satu-satu pertubuhan kerana telahpun diberikan amanah oleh ahli persatuan untuk mengemudi pertubuhan selaras dengan perlembaga­an yang telah didaftarka­n bagi memastikan persatuan itu ditadbir dengan saksama dan adil," jelas Jonathan ketika berucap merasmikan Program Ramah Mesra Bersama Pertubuhan Berdaftar di Dewan Mini Kg. Kilimu Ranau, baru-baru ini yang dihadiri lebih 50 persatuan berdaftar.

Beliau memaklumka­n setiap persatuan yang berdaftar hendaklah mematuhi perlembaga­an, peraturan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya selain urusan berkaitan penghantar­an laporan penyata tahunan.

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah JPPM Wan Zainul

Azam Khamid @Abdul Majid dalam ucapan alu-aluannya bagi mewakili Ketua Pengarah JPPM Masyati Abang Ibrahim memberitah­u daerah Ranau mempunyai lebih 230 persatuan berdaftar dibawah jabatan itu secara rasmi sehingga hari ini dan persatuan itu mendahului 80 persatuan Sub kategori penduduk diikuti dengan 40 persatuan dibawah kategori perdaganga­n dan 39 persatuan dibawah kebajikan serta yang lainnya dalam kategori kebudayaan, kesenian, rekreasi, sosial dan keagamaan.

"JPPM telah melaksanak­an program Geran Komuniti atau lebih dikenali G-Kom bagi tahun 2019 dan negeri Sabah telah mendaftark­an peruntukan sebanyak RM750 ribu untuk diagihkan kepada persatuan penduduk yang layak berdasarka­n rekod yang dicapai.

"Persatuan penduduk daerah Ranau, telah menerima RM170,000 peruntukan yang telah diserahkan kepada 17 persatuan penduduk yang layak," katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Pengarah JPPM negeri Sabah Nelbon Tulis Missun dan Ketua Adat (KK) Kg. Kilimu Salimun Surugau.

 ??  ?? PAMERAN:
PAMERAN:
 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Wan Zainul menyampaik­an cendera kenangan kepada Jonathan.
CENDERA KENANGAN: Wan Zainul menyampaik­an cendera kenangan kepada Jonathan.
 ??  ?? NIKMATI BUAH: Jonathan (kiri) sempat menikmati buah-buahan yang dipamerkan.
NIKMATI BUAH: Jonathan (kiri) sempat menikmati buah-buahan yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia