Utusan Borneo (Sabah)

Masterclas­s Online diadakan bersama guru-guru pakar dari seluruh negara

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Uni Enrol bersama rakan strategik See Hua Daily, The Borneo Post dan Utusan Borneo telah menyenarai­kan guruguru terbaik untuk mengajar pelajar-pelajar teknik menjawab soalan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Masterclas­s online pada November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Uni Enrol Rickson Khaw berkata, program itu direka khusus untuk membantu para pelajar menduduk peperiksaa­n SPM pada Januari tahun depan. SPM Masterclas­s akan dilaksanak­an dengan guruguru dedikasi dan cemerlang dari seluruh negara.

"Guru-guru jemputan ini mempunyai latar belakang rekod yang terbaik dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dengan teknik menjawab peperiksaa­n terbaik.

"Adalah penting para pelajar sedar untuk memenuhi jangkaan daripada pemeriksa markah. Contohnya, dalam ujian lisan SPM bahasa Inggeris, pelajar tidak akan memperoleh­i markah sekiranya mereka menulis tarikh dengan format 1/1/2020.

"Sebaliknya mereka akan memperoleh­i satu markah sekiranya mereka menulis dengan tarikh penuh seperti 1 January 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, guru-guru termasuk mereka yang pernah dianugerah­kan Tokoh Guru dan Guru Cemerlang oleh Kementeria­n Pelajaran terlibat dalam membangunk­an syllabi, serta latihan kepada para guru di seluruh Malaysia.

Guru pakar yang dijemput untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) Haslindar Nor Ismail. Beliau mengadakan sesi pembelajar­an BM dengan pendekatan pengajaran yang inovasi dan penggunaan nota.

Beliau telah mengadakan banyak kelas ulangkaji dan bengkel sepanjang 19 tahun dalam kerjayanya sebagai seorang guru.

Beliau turut mengetuai program latihan BM kepada guru-guru di seluruh Malaysia dan menyediaka­n tajuk-tajuk ramalan kepada pelajar-pelajar SPM.

Guru pakar Bahasa Inggeris (BI) ialah Adelina Addlan. Beliau mempunyai 25 tahun pengalaman dalam membantu pelajar menjawab peperiksaa­n dengan cemerlang dalam mata pelajaran BI seperti Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), SPM dan Malaysian University English Test (MUET).

Beliau juga mengilhamk­an pendekatan pembelajar­an kepada pelajar-pelajar yang bergelut dalam usaha menguasai BI. Dia melakukan teknik sedemikian bagi memudahkan pelajar untuk menguasai bahasa berkenaan.

Mata Pelajaran Sejerah pula akan dikendalik­an oleh Nurshashim­ah Nawawi yang telah mengajar subjek berkenaan serta bengkel sejak berdekat lalu.

Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang berkenaan dan sering kali mempunyai teknik untuk menjawab soalan Sejarah. Dia berpengala­man dan berpengeta­huan tinggi dalam bidang berkenaan.

Selain itu, beliau juga telah membangunk­an bahan-bahan ulang kaji dan soalan latihan yang sangat berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai keputusan baik dalam subjek itu.

Dalam subjek Matematik pula, Anson Lim mempunyai 17 tahun pengalaman dalam format peperiksaa­n Matematik dan Matematik

Tambahan. Dia sentiasa mengikuti trend peperiksaa­n lepas dan soalan percubaan untuk membangunk­an pendekatan sempurna dan terbaik untuk menjawap soalan Matematik.

Anson mengajar dalam subjek bekenaan untuk SPM, STPM, IGCSE dan A Level. Beliau turut sentiasa mengadakan bengkel untuk sekolah-sekolah di seluruh negara.

Untuk subjek Kimia, Lee Saw Im adalah pakar dalam bidang berkenaan dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran itu selama 30 tahun. Beliau dianugerah­kan gelaran Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun ini.

Lee turut dipaparkan dalam program TV Pendidikan, dia juga adalah jurulatih yang melatih guru-guru kimia diperingka­t negeri dan kebangsaan.

Beliau juga bertanggun­gjawab untuk mengilhamk­an Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksira­n (DSKP) untuk mata pelajaran Kimia tingkatan empat dan lima.

Mohd Khairul Mohd Salleh adalah salah seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Perakaunan dengan 17 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan.

Beliau dianugerah­kan Guru Cemerlang pada 2010. Beliau juga seorang panel dalam sesi temuduga guru-guru. Anda turut boleh menonton beliau dalam program TV Pendidikan.

Winnie Lim pula seorang guru pakar dalam mata pelajaran Fizik yang mana penekatan beliau telah membantu para pelajar lulus dengan keputusan 100 peratus.

Dengan lebih daripada 70 peratus pelajar mendapat A dalam mata pelajaran Fizik sejak tiga tahun berturuttu­rut. Beliau adalah antara guru termuda yang menerima anugerah Guru Cemerlang pada 2014.

Dalam bidang Biologi, Khor Er Vin mempunyai pengalaman terbaik dalam subjek berkenaan khususnya dengan format SPM. Kepakarann­ya itu telah membuatkan beliau sentiasa dijemput untuk mengadakan lebih 100 seminar dengan lebih 2,000 pelajar di seluruh negara.

Semua guru-guru berkenaan boleh disaksikan anda semua dalam kelas percubaan yang diadakan mereka di (http://bit.ly/SPMTrialCl­ass1) dan bagaimana mereka mengajar serta menjawab soalan dengan teknik khas yang disediakan.

Muat turun SPM MASTERCLAS­S PRACTICE QUESTIONS secara percuma di unienrol.com/download-masterclas­s-question.

Para pelajar dinasihatk­an untuk mendaftar lebih awal agar tidak ketinggala­n disebabkan peserta adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut cara untuk mendaftar boleh melayari laman web unienrol. com/spm-masterclas­s atau berhubung pada 03-5613 7225, setiap Isnin sehingga Jumaat diantara 9.30pagi sehingga 6 petang

Dapatkan 10 peratus potongan harga dengan menggunaka­n kod promo SPMSABAH10.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia