Utusan Borneo (Sabah)

Man City berhasrat kembalikan keunggulan

The Citizens tekad tebus kekecewaan lalu dengan memenangi empat kejuaraan musim ini

-

The Citizens tekad tebus kekecewaan lalu dengan memenangi empat kejuaraan musim ini

“Bagi kami, semua empat kejuaraan dalam fikiran, itulah mentaliti di sini. Ia sememangny­a sangat sukar tetapi kami memulakan musim pada Isnin dengan menyedari ia adalah satu perlawanan yang ” sukar. Kevin De Bruyne Pemain Manchester City

LONDON: Kevin De Bruyne berkata Manchester City mahu mengembali­kan keunggulan mereka dengan memenangi kesemua empat kejuaraan pada musim ini.

City menamatkan musim lepas dengan jauh ketinggala­n 18 mata di belakang juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan juga dikejutkan dari Liga JuaraJuara oleh Lyon di peringkat suku akhir.

Mereka juga tewas di peringkat separuh akhir Piala FA kepada Arsenal dengan kejuaraan Piala Liga Inggeris adalah satusatu kejuaraan yang dimenangi musim lepas.

Tetapi City berazam untuk menebus kekecewaan mereka musim ini dan De Bruyne menegaskan sasaran baharu yang telah ditetapkan, termasuk menyapu bersih semua pertanding­an yang ada – Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga Inggeris.

“Saya fikir motivasi tidak berubah jika anda menang atau kalah,” kata De Bruyne selepas pasukannya menewaskan Wolves 3-1 pada perlawanan liga awal minggu ini.

“Apabila anda memulakan satu musim baharu, ada aspirasi baharu, anda mahu memenangi seberapa banyak yang anda mampu dan kami mahu memenangi segala-galanya.

“Bagi kami, semua empat kejuaraan dalam fikiran, itulah mentaliti di sini. Ia sememangny­a sangat sukar tetapi kami memulakan musim pada Isnin dengan menyedari ia adalah satu perlawanan yang sukar.

“Kami tidak berlatih dengan banyak tetapi saya fikir prestasi kami benar-benar bagus dan ia adalah berita baik untuk kami.”

City kembali beraksi pada Khamis apabila menanti kunjungan Bournemout­h pada perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris.

Ia diikuti dengan kunjungan ke Leicester City untuk perlawanan Liga Perdana pada Ahad dan De Bruyne mengakui ia permulaan sibuk pada permulaan musim.

“Kami tahu apabila melihat jadual perlawanan, apabila kami bermula, ia adalah sukar tetapi kami sentiasa mencuba,” kata beliau.

“Kami bermain pada setiap perlawanan yang datang dan pasukan terbaik yang sudah bersedia untuk bermain pada Khamis akan cuba untuk menang.”

City perlu meningkatk­an benteng pertahanan jika mahu mengatasi Liverpool selepas beberapa aksi hambar di benteng pertahanan musim lepas.

De Bruyne merasakan pemain pertahanan baharu, Nathan Ake, menyesuaik­an diri dengan baik pada penampilan sulung bersama City ketika menentang Wolves, ekoran perpindaha­n dari Bournemout­h. “Saya fikir beliau bermain dengan sangat baik. Ia benarbenar sukar untuk seorang pemain yang datang dan tidak mempunyai persediaan pramusim yang lengkap dan menyesuaik­an diri dengan pemain lama, kerana ada banyak perkara yang perlu dilakukan.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DE BRUYNE
DE BRUYNE
 ?? — Gambar AFP ?? TONGGAK CITY: Aksi De Bruyne (tengah) semasa bermain dalam Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Man City di Stadium Molineux, England.
— Gambar AFP TONGGAK CITY: Aksi De Bruyne (tengah) semasa bermain dalam Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Man City di Stadium Molineux, England.
 ??  ?? NATHAN AKE
NATHAN AKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia