Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 cemari Piala Liga Inggeris

Man United menang 3-0 ke atas Luton, West Ham atasi Hull 5-1 ketika Moyes meninggalk­an padang kerana positif COVID-19

- AKSI RANCAK:

“Kira-kira 20 minit selepas jam 6 petang, kami tiba-tiba mendapat maklumat dari doktor kami dan ketua fisioterap­i yang berkata ada tiga ujian ” positif, pengurus dan dua pemain.

Alan Irvine Penolong pengurus West Ham

LONDON: Manchester United melangkah ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris dengan kemenangan 3-0 di Luton sementara pengurus West Ham United, David Moyes dan dua pemainnya dijangkiti COVID-19 sebelum pasukan itu menewaskan Hull City 5-1 ketika pandemik menimbulka­n kekecohan pada Selasa.

Moyes, Josh Cullen dan Issa Diop, meninggalk­an Stadium London selepas mengetahui ujian positif COVID-19 sebelum sepak mula perlawanan dan akan mengasingk­an diri, dengan ketiga-tiga mereka dikatakan tidak mempunyai gejala.

West ham bagaimanap­un bukan satu-satu kelab Liga Perdana yang terkesan dengan virus ini ketika perlawanan Tottenham Hotspur menentang Leyton Orient ditangguhk­an selepas kelab divisyen empat itu mengalami penularan serius COVID-19.

Perlawanan West Ham diteruskan seperti dirancang walaupun ujian positif, dengan penolong pengurus, Alan Irvine, mengambil alih tugas membimbing kelab.

“Kira-kira 20 minit selepas jam 6 petang, kami tiba-tiba mendapat maklumat dari doktor kami dan ketua fisioterap­i yang berkata ada tiga ujian positif, pengurus dan dua pemain,” kata Irvine.

“Kami sebelum ini ada kontak kerana kami berada di kawasan yang sama dalam stadium dengan David.

“Kami terkejut dengan berita ini. Kami menjalani banyak ujian dan belum ada sebarang kes positif. Tetapi kami sangat serius tentang protokol dari awal.”

Sebastian Haller dan Andriy Yarmolenko masing-masing menjaringk­an dua gol untuk West Ham selepas Robert Snodgrass membuka jaringan.

Di pusingan keempat, West Ham akan menentang sama ada Fleetwood atau Everton.

Berita positif COVID-19 itu hadir selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberikan tamparan buruk kepada kedudukan kewangan sukan di masa hadapan.

Johnson berkata peminat sukan tidak akan dibenarkan kembali ke stadium-stadium pada bulan Oktober seperti yang dirancang sebelum ini kerana peningkata­n kes COVID-19, langkah yang mungkin akan dikekalkan untuk “mungkin enam bulan”.

Di Kenilworth Road, Man United bangkit dari kekalahan 1-3 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lepas.

Pada pertemuan pertama United menentang kelab Liga Kejuaraan itu sejak 1992, pengurusny­a, Ole Gunnar Solskjaer melakukan 10 pertukaran dengan memberikan penampilan sulung penuh kepada penjaga gol Dean Henderson dan pemain baharu, Donny Van

De Beek.

United membuka jaringan pada minit ke-44 apabila George Moncur mengasari Brandon Williams, membolehka­n Juan Mata menyempurn­akan satu tendangan penalti.

Henderson berharap untuk menggantik­an penjaga gol veteran, David De Gea selepas satu tempoh pinjaman memberangs­angkan di Sheffield United musim lepas.

Beliau mengekalka­n pintu gol United tanpa bolos dengan menepis satu cubaan pada minit akhir permainan.

Marcus Rashford masuk dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol kedua pada minit ke-88 sebelum Mason Greenwood melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan. “Meneruskan kemaraan adalah sesuatu yang penting. Ada beberapa perkara positif, penjaga gol beraksi dengan baik dan kami menjaringk­an beberapa gol cantik pada akhir permainan,” kata Solskjaer, dengan pasukannya akan menentang sama ada Brighton atau Preston di pusingan keempat.

Perlawanan di antara Tottenham Hotspur menentang Orient masih belum dijadualka­n semula ketika laporan di mana Spurs mungkin akan diberikan kemenangan percuma ke pusingan keempat, di mana mereka akan bertemu sama ada Chelsea atau Barnsley.

Orient mendedahka­n kes positif pada Isnin selepas Tottenham membayar sesi ujian pasukan lawan tetapi perlawanan hanya ditangguhk­an dua jam sebelum sepak mula.

“Jika saya melakukann­ya sekali lagi, saya tidak akan melakukan ujian (COVID19) – ini adalah satu insentif untuk tidak melakukan ujian dan ia adalah buruk untuk bola sepak dan juga kesihatan serta keselamata­n,” kata pengerusi Orient, Nigel Travis.

Pada perlawanan lain, West Bromwich Albion tersingkir dari kejohanan apabila tewas kepada kelab divisyen dua, Brentford 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.

Newport melangkah ke pusingan keempat buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas kelab divisyen empat itu mengejutka­n kelab Liga Kejuaraan, Watford 3-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Antara babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris pusingan ketiga di antara Luton dan Man United di Stadium Kenilworth Road di Luton.
MOYES
— Gambar AFP Antara babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris pusingan ketiga di antara Luton dan Man United di Stadium Kenilworth Road di Luton. MOYES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia