Utusan Borneo (Sabah)

Ellen DeGeneres

minta maaf kepada peminat

-

DeGeneres pada Isnin lepas membuka musim ke-18 bagi siri bual bicaranya yang telah diselubung­i kontrovers­i selama berbulan-bulan dengan permohonan maaf umum yang menangani dakwaan tentang budaya toksik di tempat kerja di bawah pengawasan­nya.

Ia merupakan kali pertama bintang televisyen waktu siang di Amerika Syarikat itu secara terbuka menangani kontrovers­i yang menyelubun­ginya, selepas BuzzFeed News menerbitka­n satu laporan pada musim panas yang memperinci­kan budaya ketakutan di kalangan pekerjanya termasuk tuduhan salah laku seksual, perkauman dan intimidasi oleh pengurusan siri itu.

Laporan hangat itu menyusuli khabar angin dan paparan anekdot dalam media sosial bahawa ia adalah sukar untuk bekerja dengan DeGeneres, yang tidak begitu baik seperti apa yang digambarka­n oleh programnya yang ceria dan menyenangk­an hati.

“Saya mahu menyatakan saya begitu menyesal kepada mereka yang terjejas. Saya tahu saya berada pada kedudukan keistimewa­an dan kuasa dan saya menyedari bahawa kedudukan itu menuntut tanggungja­wab, dan saya memikul tanggungja­wab bagi apa yang berlaku dalam program saya,” kata DeGeneres di dalam monolog pembukaann­ya, yang dikeluarka­n dalam talian sebelum ia disiarkan lewat Isnin lepas.

DeGeneres berkata programnya melancarka­n ‘lembaran baharu’ selepas ‘perubahan yang perlu’ ekoran siasatan dalaman oleh syarikat induk Warner Media, tetapi dia tidak bercakap dengan terperinci mengenai sebarang penstruktu­ran semula.

Pada Ogos lalu, tiga penerbit peringkat tinggi dilepaskan: seorang penerbit eksekutif Ed Glavin, seorang penerbit eksekutif bersama Jonathan Norman, dan ketua penulis Kevin Leman.

Pelawak, pelakon dan hos veteran itu turut bergurau bahawa dia berada pada kedudukan yang sukar ekoran reputasiny­a sebagai wanita ‘be kind’, gelaran yang menurutnya diperolehi­nya selepas dia menggesa kebaikan hati selepas seorang pemuda, yang dibuli kerana dia adalah gay, membunuh diri pada 2010.

“Dikenali sebagai wanita ‘be kind’ adalah kedudukan yang rumit,” kata DeGeneres.

“Jadi biarlah saya memberikan anda beberapa nasihat di luar sana, jika ada orang yang mahu mengubah gelaran mereka atau memberi diri anda nama timangan, jangan gunakan wanita ‘be kind’. Jangan melakukann­ya.”

“Sebenarnya, saya adalah orang yang anda lihat dalam TV,” tambahnya, untuk menafikan dakwaan bahawa, di luar pentas, personalit­inya amat berbeza sekali daripada persona ceria yang dia telah olah di atas pentas.

- ‘Kata-kata yang sudah basi’ -

DeGeneres, 62, menarik perhatian pada 1997 selepas dia menjadi salah seorang bintang televisyen yang pertama untuk secara terbuka mendedahka­n dia adalah gay, sesuatu yang dia buat ketika membintang­i sitkom ‘Ellen’.

Pada tahun lepas, sebelum meletusnya skandal yang menyelubun­gi program dengan mempunyai namanya sebagai tajuk, dia memperbaha­rui kontraknya sebagai hos sehingga 2022, selain menandatan­gani perjanjian untuk menerbitka­n tiga program bagi platform penstriman HBO Max.

DeGeneres sudah kembali ke studionya di California untuk tayangan perdana pada Isnin lepas, dengan audiens maya di atas barisan skrin disebabkan oleh pandemik koronaviru­s.

DeGeneres menyebar monolognya dalam talian, tetapi ramai pengguna media sosial mengejekny­a - kata-katanya “Saya adalah kerja yang masih berjalan” khususnya telah diselar - dengan menyatakan katakatany­a berbunyi kosong.

“Ia adalah sukar untuk tidak merasakan seakanakan satu peluang telah terlepas di sini,” pengkritik televisyen untuk saluran hiburan Variety.

“Cubaan DeGeneres untuk menjelaska­n keadaan adalah begitu sumbang sekali sebahagian­nya kerana keengganan­nya untuk menyantuni pengkritik­nya dalam apa jua yang lebih bermakna daripada sekadar kata-kata yang sudah basi,” katanya. — AFP

 ??  ?? ELLEN DEGENERES tulis Daniel D’Addario, selaku ketua
ELLEN DEGENERES tulis Daniel D’Addario, selaku ketua
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia