Utusan Borneo (Sabah)

Bayern, Sevilla bertemu dalam aksi pembukaan Piala Super

-

BERLIN: Bayern Munich boleh menjulang satu lagi kejuaraan apabila menentang Sevilla hari ini untuk perlawanan pembuka tirai pertanding­an bola sepak Eropah, Piala Super UEFA, tetapi penyokong Jerman diberi amaran untuk berfikir sekali lagi sebelum berlepas ke Budapest, dengan jurulatih Bayern, Hansi Flick sekali lagi membangkit­kan persoalan sama ada perlawanan itu seharusnya diteruskan ketika dalam pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Bayern Munich, juara Liga JuaraJuara, bertandang ke Hungary dengan rekod 22 kemenangan berturut-turut sejak bulan Februari, di mana mereka memenangi tiga kejuaraan – Liga Juara-Juara, Bundesliga Jerman dan Piala Jerman.

Bayern memulakan musim baharu Bundesliga Jerman pada Jumaat lepas dengan membelasah Schalke 8-0 dengan pemain sayap, Leroy Sane, menjaringk­an gol pada penampilan sulung bersama Bayern dan mengisytih­arkan “keseluruha­n pasukan menunjukka­n keazaman tinggi mereka”.

Keazaman untuk memenangi lebih banyak kejuaraan boleh dijangka dengan dua kejuaraan menjadi buruan dalam beberapa minggu apabila berdepan Dortmund pada Piala Super Jerman pada 30 September ini.

Bagaimanap­un, COVID-19 telah menyelubun­gi perlawanan hari ini ketika Budapest diisytihar­kan zon berisiko oleh kerajaan Jerman kerana kadar jangkitan yang tinggi.

Flick mengakui beliau “tidak faham” kenapa badan induk bola sepak Eropah (UEFA) menegaskan untuk mengadakan perlawanan di Budapest, “tetapi kami bukan pihak yang membuat keputusan”.

Pada Selasa, Markus Soeder, ketua menteri wilayah Bavaria, mengumumka­n peraturan lebih ketat “terutama sekali melibatkan Piala Super” bagi penyokong Bayern yang mahu ke Budapest.

“Semua orang harus berfikir dua kali asma ada ia masuk akal untuk melakukan perjalanan,” tambah Soeder.

Penyokong harus sama ada diuji untuk COVID-19 sebelum dan selepas kunjungan Budapest atau menjalani kuarantin selama dua minggu.

“Ini adalah cara kami mahu mengelak kemungkina­n risiko jangkitan,” jelas Soeder.

Hanya 500 penyokong Sevilla dan 1,300 penyokong Bayern dijangka menonton perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Arena Puskas di Budapest.

Kedua-dua kelab memasang pusat ujian di bandar raya masing-masing dalam usaha untuk mengurangk­an risiko perlawanan hari ini menjadi acara ‘penularan pantas’ virus ini.

Pada Isnin, Soeder sudah menyuaraka­n keraguan sama ada perlawanan di Budapest seharusnya diteruskan.

Sevilla akan memulakan perlawanan dengan kekurangan tahap kecergasan selepas diberikan rehat tambahan pada dua minggu pertama musim baharu La Liga Sepanyol selepas memenangi Liga Europa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia