Utusan Borneo (Sabah)

Khabar gembira untuk Kampung Sim-Sim

Peruntukan RM4.2 juta untuk baik pulih jambatan dikembalik­an kepada rakyat

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin mengumumka­n peruntukan membaik pulih jambatan bernilai RM4.2 juta di Kampung Sim-Sim akan dikembalik­an untuk rakyat.

Menerusi surat dikeluarka­n Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) itu, peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Majlis Perbandara­n Sandakan melalui

Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah.

“Ada pihak yang kata semasa saya ambil alih pimpinan kerajaan, peruntukan RM4.2 juta ini ditarik balik. Saya tidak ada suruh pun (tarik balik).

“Saya kembalikan surat daripada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) ini bagi kelulusan peruntukan untuk membaiki 24 jambatan di Kampung Sim-Sim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung Sim-Sim di Gelanggang Futsal, Sim-Sim di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau menyerahka­n surat kelulusan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan Shaiful Bahari Muin.

Sementara itu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata Sabah merupakan sumber negara yang kaya dan dakwaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahawa kerajaan Pusat mahu mengambil khazanah negeri adalah tidak benar.

Jelasnya, semua yang dimiliki Sabah sememangny­a untuk kepentinga­n orang Sabah.

“Ada tuduhan mengatakan kerajaan Pusat mengongkon­g kerajaan negeri. Sejak bila?. Saya baharu tujuh bulan menjadi Perdana Menteri, apa yang saya telah lalukan yang dikatakan menindas orang Sabah?. Saya bukan penindas dan bukan lanun,” jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksika­n kemasukan bekas Pegawai UPPM Tanjung Papat Basith Othman yang mengumumka­n 126 jentera DAP sepakat keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Hadir sama, calon PN bagi DUN Tanjung Papat Yong Chie Man dan calon Barisan Nasional (BN) DUN Elopura Chan Boon Thian.

 ??  ??
 ??  ?? SERAH: Muhyiddin (kiri) menyerahka­n surat permohonan mengembali­kan peruntukan membaik pulih jambatan kepada Shaiful.
SERAH: Muhyiddin (kiri) menyerahka­n surat permohonan mengembali­kan peruntukan membaik pulih jambatan kepada Shaiful.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia