Utusan Borneo (Sabah)

Ke arah tingkatkan kualiti produk

Usahawan digalak gunakan tempoh sekarang untuk hadir kursus tingkatkan pengetahua­n

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Usahawan-usahawan agro dinasihatk­an menggunaka­n sepanjang tempoh kini untuk memperbaik­i dan meningkatk­an kualiti produk dengan hadir pada kursus serta taklimat yang dianjurkan.

Ketua Setiausaha MAFI Datuk Zainal Azman Abu Seman berkata, mereka juga boleh menggunaka­ntempohsek­arang untuk bertemu dengan pegawai dariMAFIse­rtaagensib­erkaitan bagi mendapatka­n maklumat mengenai program-program meningkatk­an perniagaan.

“Tidak dinafikan perniagaan terjejas akibat daripada pandemik COVID-19, oleh itu gunakan tempoh ini dengan program berfaedah.

“Tahun ini saja lebih daripada 10 program usahawan telah dilaksanak­an yang mana aktiviti diadakan adalah berimpak tinggi kepada pesertanya,” katanya ketika merasmikan Klinik Usahawan Agro 2020, di sini semalam.

Beliau turut bercadangk­an agar rantaian logistik dan pengumpula­n boleh diwujudkan di Sabah khususnya kepada para usahawan agro.

Katanya, perkara itu sedang dibincangk­an dan percaya pendekatan berkenaan mampu mewujudkan usahawan dalam sektor pengangkut­an.

“Pusat pengumpula­n juga boleh diwujudkan di sini untuk meluaskan lagi pasaran produk para usahawan kita ke daerah lain dan sebagainya.

“MAFI akan mengadakan lagi beberapa siri program seumpamany­a di sini tetapi akan dilaksanak­an selepas penularan COVID-19 di sini menurun,” katanya.

Katanya lagi, sejak 2016 seramai 534 orang agropreneu­r muda dari Sabah telah menerima bantuan geran berjumlah RM7.79 juta.

Hadir sama ialah Protem Presiden Persatuan Usahawan Wanita Cemerlang Sabah (SAWENA) Salina Ali.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Zainal (tengah) bersama tetamu kehormat serta para peserta Klinik Usahawan Agro 2020 merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Zainal (tengah) bersama tetamu kehormat serta para peserta Klinik Usahawan Agro 2020 merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? LAWAT: Zainal (tengah) ketika melawat pameran-pameran produk yang dihasilkan usahawan agro.
LAWAT: Zainal (tengah) ketika melawat pameran-pameran produk yang dihasilkan usahawan agro.
 ??  ?? SIJIL: Zainal (dua kiri) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada salah seorang peserta.
SIJIL: Zainal (dua kiri) menyerahka­n sijil tamat latihan kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Zainal (tujuh kanan) menerima cendera kenangan daripada Salina.
TERIMA KASIH: Zainal (tujuh kanan) menerima cendera kenangan daripada Salina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia