Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks Taman Kinabalu ditutup 14 hari

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kompleks Taman Kinabalu akan ditutup kepada orang ramai berkuat kuasa 25 September sehingga 8 Oktober berikutan seorang pendaki dari Tawau mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dr Jamili Nais berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ranau telah memaklumka­n kepada pengurusan Taman Kinabalu bahawa pada 13 sehingga 14 September lalu, pendaki berkenaan telah datang ke taman itu.

“Oleh itu, Jabatan Kesihatan telah menasihatk­an agar kawasan itu ditutup selama 14 hari, semua kakitangan taman yang bertugas di pusat saringan, kaunter pendaftara­n dan pintu utama kompleks ini dan Panalaban dikehendak­i menjalani saringan kesihatan pada 24 September di Dewan Kinabalu.

“Semua porter dan malim gunung serta kakitangan SSL dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan COVID19 ketika bertugas pada 13 sehingga 14 September lalu dikehendak­i menjalani saringan kesihatan,” katanya ketika mengulas mengenai satu surat pekeliling yang tular di media sosial mengenai perkara itu.

Beliau juga telah memaklumka­n perkara itu kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, semalam.

Jamili berkata, semua kakitangan taman dan malim gunung rombongan pendaki yang didapati positif COVID19 dikenal pasti terdedah rapat kepada pesakit berkenaan dikehendak­i menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan diperolehi.

Katanya, Jabatan Kesihatan akan meletakkan notis penutupan termasuk penghalang masuk ke Kompleks Taman Kinabalu bermula 24 September 2020. Bagaimanap­un kakitangan SSL, Taman dan Mt Torq serta agensi berkepenti­ngan akan dibenarkan masuk.

“Semua kemudahan awam perlu dinyahkuma­n,” katanya.

 ??  ?? DR JAMILI
DR JAMILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia