Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama rapat WARISAN Plus sentuh hati Shafie

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerjasama rapat semua akar umbi di bawah WARISAN Plus sepanjang musim berkempan Pilihan Raya Negeri (PRN) menyentuh hati Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Melihat keadaan itu sebagai perkara yang jarang berlaku terutama kepada parti-parti lain di negara ini, beliau menganggap ia antara detik yang amat menggembir­akan sepanjang jelajah berkempen ke seluruh negeri.

“Saya tidak pernah melihat kerjasama rapat sebagaiman­a yang berlaku sepanjang kempen PRN ini di antara WARISAN, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Ditambah lagi apabila saya melihat ada dalam kalangan ahli yang tidak dicalonkan namun masih tetap bekerja keras dan memberi sumbangan tenaga bagi memastikan calon yang dipilih parti menang.

“Bayangkan kerja keras dan usaha gigih mereka inilah yang menyentuh hati saya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Bersama Belia di sini semalam.

Beliau berkata, ada di antara mereka bekas menteri dan wakil rakyat yang sanggup bergerak ke seluruh negeri berkempen meminta rakyat untuk mengundi calon WARISAN Plus.

Menurutnya, perkara sedemikian amat menggembir­akannya dan ia benar-benar menunjukka­n pentingnya untuk menilai kesetiaan dan khidmat kepada rakyat serta parti.

Pada majlis itu, Shafie turut berkesempa­tan berinterak­si dengan wakil belia daripada Sabah Unity Movement bagi mendengar sendiri suara anak muda di negeri ini.

Katanya, program itu satu platform terbaik yang membolehka­n golongan belia menyuaraka­n pandangan dan peluang saling mengenali belia dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Daripersoa­lanyangdib­angkitkan, mereka mahu supaya masyarakat lebih menghargai dan menerima cita rasa belia.

“Sama ada mereka dari latar belakang penghibur atau berpendidi­kan tinggi, mereka mahu ada landasan disediakan kepada belia di Sabah untuk mencapai kejayaan,” jelasnya.

 ??  ?? BELIA: Shafie menandatan­gani baju salah seorang peserta yang menyertai program berkenaan.
BELIA: Shafie menandatan­gani baju salah seorang peserta yang menyertai program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia