Utusan Borneo (Sabah)

KKM jangka 30,000 disaring di Tawau dan Lahad Datu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia menjangkak­an 30,000 orang akan disaring di Tawau dan Lahad Datu berikutan penularan wabak COVID19 yang sudah merebak ke kawasan awam.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Adham Baba berkata, jumlah itu tidak termasuk di Kunak dan Semporna yang masih dalam taksiran kerana wujudnya banyak kluster terutamany­a di pulau-pulau.

“Setakat ini seramai 11,854 orang sudah disaring melibatkan kontak daripada kluster Benteng, Bakau, Selamat, Pulau, Udin dan Bangau-Bangau.

“KKM menganggap banyak lagi saringan yang akan dibuat dan menyaranka­n kepada anggota masyarakat supaya terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) serta menjaga kebersihan diri,” katanya semasa sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya bersiap siaga mengatasi masalah ini terutamany­a merawat pesakit COVID-19 di hospital dan menempatka­n mereka yang dikuaranti­n di pusat-pusat kuarantin yang sudah digazetkan.

“KKM juga bersiap sedia untuk mewujudkan makmal di Tawau supaya mempercepa­tkan keputusan ujian calitan yang sebelum ini semua ujian saringan dihantar ke Kota Kinabalu,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Adham ketika ditemui dalam sidang media, di Tawau.
SIDANG MEDIA: Adham ketika ditemui dalam sidang media, di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia