Utusan Borneo (Sabah)

FOKUS UNTUK MENANG PRN

Perlu bekerja keras walaupun WARISAN Plus boleh menang, kata Shafie

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah keutamaan yang menjadi fokus kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, hanya ada dua hari lagi yang tinggal untuk meneruskan usaha dan fokus dalam berkempen.

Sehubungan itu, Shafie enggan memberi sebarang komen berhubung pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutua­n yang baharu.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu, biar saya fokus untuk PRN ini. Ada tinggal dua hari lagi dan saya di sini untuk menang dalam PRN Sabah.

“Biar saya fokus dan kami mahu sokongan diberikan kepada kerajaan WARISAN di Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Bersama Belia di sini semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dipetik berkata, majoriti yang diperolehn­ya adalah meyakinkan dan konklusif bukannya majoriti tipis.

Perdana Menteri Tan Sri

Muhyiddin Yassin dalam kenyataann­ya berkata, beliau masih Perdana Menteri selagi Anwar tidak membuktika­n mendapat majoriti yang mencukupi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ramalan jumlah kerusi yang boleh dimenangi WARISAN Plus, Shafie menjelaska­n, tidak mahu terlalu berpuas hati sehingga hari mengundi dijalankan.

Namun katanya, ada beberapa ramalan untuk jumlah kerusi yang akan dimenangi WARISAN Plus.

Pihaknya masih perlu bekerja keras walaupun dari apa yang didengar daripada akar umbi WARISAN Plus boleh menang.

 ??  ?? BERSAMA BELIA: Shafie (tengah) merakamkan kenangan bersama belia yang hadir pada majlis itu.
BERSAMA BELIA: Shafie (tengah) merakamkan kenangan bersama belia yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia