Utusan Borneo (Sabah)

Pilih calon BN untuk kebaikan bersama: Sapawi

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Sudah tiba masanyarak­yatkhususn­yapengundi di kawasan Sindumin menolak calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dilihat gagal membawa pembanguna­n ke Sipitang dengan memilih calon baharu dan muda yang ditampilka­n Barisan Nasional (BN).

Mantan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, untuk membawa perubahan dan pembanguna­n yang diharapkan rakyat, sudah pasti soal calon memainkan peranan penting kerana calon muda mempunyai pandangan jauh dan idea lebih luas.

“Berbanding calon WARISAN untuk kerusi Sindumin pada PRN kali, beliau bukanlahmu­kabaharume­mandangkan pernah menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut selama tiga penggal, namun tiada sebarang pembanguna­n dapat dilihat.

“Lihatlah pencapaian terdahulu yang kerajaan BN telah laksanakan iaitu dengan membangunk­an Sipitang sebagai kawasan perindustr­ian minyak dan gas (SOGIP) serta pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi merancakka­n lagi ekonomi di kawasan terlibat,”katanyapad­amajlisram­ah mesra mantan wakil rakyat bersama masyarakat serta ahli Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Sipitang dekat sini kelmarin.

Justeru Sapawi mengajak pengundi di kawasan Sindumin supaya memberikan kepercayaa­n kepada calon BN, Sani Miasin, bagi membentuk kerajaanne­geridemike­majuansert­a kesejahter­aanrakyatd­ikawasan Sindumin dan sekitarnya.

Dalam pada itu, Ketua Daerah PKBS Sipitang Sahrudin Manro, 62, yang mewakili komuniti Bugis di daerah Sipitang tekad untuk memberikan sokongan padu terhadap calon BN, Sani pada PRN kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia