Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur asing yakin kerajaan WARISAN Plus

Industri pelanconga­n Sabah semakin rancak berkembang pesat sejak dua tahun lalu

- Oleh Clarice Usop

SABAH Negeri Di Bawah Bayu merupakan negeri yang kedua terbesar dalam Kerajaan Persekutua­n Malaysia dan terletak di utara kepulauan Borneo menurut peta dunia.

Pulau yang ketiga terbesar di dunia ini meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan panjang sepanjang 14,400 kilometer. Sabah dikeliling­i Laut China Selatan yang terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di bahagian Selatan.

Salah satu pemangkin kepada sektor pelanconga­n negeri ini juga apabila mempunyai 40 buah pulau, yang sekali gus menjana kepada hasil pendapatan negara.

Menyedari sumber dan kekayaan keindahan di Sabah, bertepatan­lah langkah Parti Warisan Sabah (WARISAN) berusaha untuk memacukan pertumbuha­n pembanguna­n pelanconga­n di negeri ini sejak dua tahun lalu memegang pucuk pemerintah­an negeri.

Pelbagai projek dilaksanak­an sejak awal kerajaan mengambil alih teraju pemerintah­an. Pada 2 Mei 2019, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal merasmikan pelaksanaa­n projek KK Resort City di kawasan tanah seluas 325 ekar di Lok Kawi, Papar, dan ianya yang pertama seumpamany­a di kawasan timur Malaysia.

Pelaksanaa­n projek ini dikendalik­an oleh KTS Group menerusi anak syarikatny­a Sunduvon Corporatio­n Sdn Bhd bakal mengubah landskap pembanguna­n pesisir pantai Lok Kawi sebagai destinasi pelanconga­n yang moden.

Kerajaan pimpinan WARISAN melihat baik usaha membangunk­an persisiran pantai terbabit kerana ianya bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong domestik dan antarabang­sa.

Menurut Shafie, KK Resort City menjadi salah satu projek pembanguna­n yang mampu memberikan impak besar dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dalam dan luar negera.

“Sabah hari ini sudah mengalami peningkata­n kehadiran pelanconga­n mencecah lebih tiga juta dan ini satu gambaran yang memaparkan perlu menyediaka­n prasarana mencukupi.

“Kemudahan ini perlu dipenuhi seiring apa yang dikehendak­i pelancong yang datang ke Sabah khususnya Kota Kinabalu, kerana kita tahu produk pelanconga­n di negeri ini sudah cukup banyak, cuma dari segi penginapan masih tidak mencukupi,” katanya ketika menyempurn­akan majlis pecah tanah tapak projek KK Resort City.

Projek ini juga mendapat sambutan daripada penduduk sekitar kawasan terbabit kerana memberikan lonjakan ekonomi kepada mereka dari segi membuka peluang pekerjaan dalam industri pelanconga­n.

Pelaksanaa­n pembanguna­n komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.

Walaupun sekarang ini dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang mana memberikan kesan terhadap pertumbuha­n ekonomi negara, usaha Mohd Shafie melalui kerajaan WARISAN tetap berikhtiar untuk membantu memulihkan pembanguna­n pelanconga­n negeri ini.

Usaha ini jelas terbukti apabila satu pelaburan terbesar pernah diterima oleh kerajaan baharu Sabah, iaitu pelaksanaa­n pembanguna­n komersial campur bernilai RM7 bilion akan dibina di Kampung Meruntum Lok Kawi, di pinggir bandaraya Kota Kinabalu.

Pembanguna­n ini adalah usahasama antara Tegas Bangsa Sdn Bhd (TBSB) dan Yayasan Sabah (YS).

Shafie berkata, pembanguna­n campur ini terdiri daripada resort, hotel, dan taman tema dan dijangkaka­n tempoh masa pembinaan adalah di antara 12 tahun hingga 15 tahun.

“Usaha sama dilakukan disebabkan tanah yang berkeluasa­n 391 ekar ini dimiliki Yayasan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Pembanguna­n Bersama antara Yayasan Sabah dan Tegas Bangsa (Pavilion Group).

Menurutnya, lokasi strategik berhampira­n lautan serta pulau-pulau di sekitarnya mampu menjadi daya tarikan para pelabur asing dalam dan luar negara serta para pelancong.

Beliau juga menaruh keyakinann­ya setelah negeri ini beransur pulih akibat pandemik COVID-19, pembanguna­n komersial campur terbabit akan menjadi daya tarikan kepada para pelabur dan langkah terbabit dibuat pada waktu yang sangat tempat.

“YS mempunyai nilai tanah berjumlah RM200 juta lebih dan boleh mendapat pulangan sebanyak RM800 juta lebih.

“Oleh itu, usaha sama ini sangat menggalakk­an, saya tahu kebolehan syarikat ini mempunyai keupayaan serta kekukuhan kewangan.

Mereka banyak membina pembanguna­n dalam dan luar negara,” katanya.

Dengan adanya pembanguna­n dan industri berteraska­n pelanconga­n ini, Shafie menyatakan ianya mampu memberikan harapan kepada kontraktor-kontraktor kecil untuk memberikan sumbangan mereka untuk merealisas­ikan projek terbabit.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria berkata, projek pembanguna­n bernilai RM7 bilion di Meruntum itu dimeterai di antara Yayasan Sabah dengan anak syarikat Pavillion Real Estate Investment Trust, iaitu Tegas Bangsa Sdn Bhd (Tegas Bangsa).

Katanya, pembanguna­n itu juga membuktika­n bahawa Yayasan Sabah kini tidak lagi fokus kepada menjual balak semata-mata, sebaliknya sejak WARISAN memerintah, agensi itu kini mula beralih kepada pembanguna­n hartanah untuk menjana hasil dan membangunk­an negeri.

Jamalul juga berkata, sebelum ini, Yayasan Sabah turut memeterai perjanjian pembanguna­n di Waterfront, Kota Kinabalu bernilai RM350 juta.

Sementara itu, mengulas tentang perjanjian dengan Tegas Bangsa untuk membangunk­an tanah agensi itu di Meruntum Lok Kawi, katanya, Yayasan Sabah telah lama mencari pelabur untuk masuk ke kawasan itu.

“Kita telah mencuba mencari lebih ramai pemaju untuk membangunk­an kawasan itu sejak dulu dan berjaya mendapatka­n satu syarikat tempatan iaitu Pavillion, projek ini kita akan adakan pembanguna­n bercampur ada taman tema, kondominiu­m, kompleks beli-belah dan pejabat,” katanya.

Projek Resort Club Med Borneo

Di bawah pimpinan WARISAN, satu lagi projek yang merancakka­n industri pelanconga­n di Sabah, iaitu Projek resort Club Med yang terletak di atas tanah seluas 40 ekar di Kampung Tanjung Aru, Kuala Penyu.

Pembanguna­n yang menelan belanja sebanyak RM400 juta ini adalah tempat peranginan kedua Club Med di Malaysia dan di namakan Club Med Borneo Kota Kinabalu, dan menjadi resort pantai yang mempunyai BREEAM ( Building Research Establishm­ent Environmen­tal Assessment Method) berskala besar pertama di Asia Pasifik.

Resort ini adalah projek kolaborati­f di antara Club Med dan pemilik Golden Sands Beach Resort City Sdn. Bd. Pelan ini dijadualka­n selesai pada tahun 2022 yang akan menawarkan sebanyak 400 bilik pelbagai kategori termasuk suite mewa untuk Club Med Exclusive Collection Space.

Majlis pecah tanah disempurna­kan oleh Shafie di Kuala Penyu pada 25 November tahun lalu.

Grand Liberty Hotel Tambahan lain untuk industri perhotelan adalah Grand Liberty Hotel yang terletak di sebelah Sutera Avenue di ibu kota. Hotel ini dianggarka­n mempunyai keluasan 200,000 kaki persegi dan 13 tingkat, serta menyediaka­n sebanyak 301 buah bilik standard empat bintang.

Pelaburan oleh grand Liberty Sdn Bhd ini bernilai RM120 juta dan dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, gimnasium, kolam renang atas bumbung dan bilik mesyuarat.

Semasa upacara pecah tanah pada Ogos tahun lalu, Shafie mengatakan pemerintah negeri komited untuk mempercepa­tkan pengeluara­n lesen kepada para pelabur dan persetujua­n rancangan pembanguna­n dalam usaha meningkatk­an peluang perniagaan dan pekerjaan dalam sektor pelanconga­n Sabah.

Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan telah memberikan arahan kepada semua agensi terlibat dalam memberikan persetujua­n, baik untuk rancangan pembanguna­n dan pelbagai hal lagi supaya dipercepat­kan dan para pelabur dan pengusaha tidak dibebani dengan kelewatan atau penangguha­n.

Hyatt Centric Kota Kinabalu

Sementara itu, Hap Seng Consolidat­ed Berhad (Hap Seng ) menceburka­n diri dalam pembanguna­n hotel pertamanya dengan Hyatt Centric Kota Kinabalu, yang terletak tepat di tengah-tengah bandar.

Hotel yang dijangkaka­n mula beroperasi pada tahun depan 2021 mempunyai 22 tingkat dan menyediaka­n kemudahan bilik sebanyak 220 bilik, selain restoran, ruang pertemuan, gymnasium, kolam renang di atas bumbung dilengkapi bar dengan pemandanga­n Laut Cina Selatan.

Ketika Shafie merasmikan upacara pecah tanah hotel yang bernilai RM220 juta pada 5 Mei tahun lalu, beliau mengatakan bahawa minat rakyat Malaysia untuk melabur di Sabah menunjukka­n mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan pimpinan parti WARISAN Sabah.

 ??  ?? KENANGAN: Shafie (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas majlis pecah tanah projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.
CLUB MED: Susunan atur Club Med Borneo Kota Kinabalu yang menelan belanja sebanyak RM400 juta.
KENANGAN: Shafie (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas majlis pecah tanah projek Hyatt Centric Kota Kinabalu. CLUB MED: Susunan atur Club Med Borneo Kota Kinabalu yang menelan belanja sebanyak RM400 juta.
 ??  ?? Lakaran grafik projek pembanguna­n komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.
Lakaran grafik projek pembanguna­n komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.
 ??  ?? LAMBANG KEMAJUAN:
LAMBANG KEMAJUAN:
 ??  ?? Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria
 ??  ?? METERAI: Shafie (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen di antara Jamalul (dua kiri) dan wakil TBSB Jerrand Lim Jen Jiang (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis berkenaan.
METERAI: Shafie (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen di antara Jamalul (dua kiri) dan wakil TBSB Jerrand Lim Jen Jiang (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis berkenaan.
 ??  ?? MERCU TANDA BAHARU: Lakaran grafik KK Resort City seluas 325 ekar yang ditambak di Lok Kawi adalah kawasan pelanconga­n dan kediaman.
MERCU TANDA BAHARU: Lakaran grafik KK Resort City seluas 325 ekar yang ditambak di Lok Kawi adalah kawasan pelanconga­n dan kediaman.
 ??  ?? DESTINASI BAHARU: Lakaran projek Grand Liberty Hotel yang dibina di persisiran pantai.
DESTINASI BAHARU: Lakaran projek Grand Liberty Hotel yang dibina di persisiran pantai.
 ??  ?? HOTEL MODEN: Lakaran grafik projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.
HOTEL MODEN: Lakaran grafik projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia