Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan ahli WARISAN, UPKO perkuat gerakan Anita di Tandek

- Oleh Henry Bating

KOTA MARUDU: Momentum sokongan calon Bebas DUN Tandek Datuk Anita Baranting semakin kuat dengan kemasukan beramai-ramai ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan UPKO serta orang-perseorang­an yang dahulunya menjadi seteru beliau.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jalumin Bayogoh berkata, Anita yang kini menyertai parti itu berserta 1,336 penyokong memberikan bayangan parti berkenaan dapat membantu pencapaian baik Anita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“STAR semakin kuat dan diterima semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan anutan agama,” katanya.

Anita mengalu-alukan sokongan berkenaan dengan menzahirka­n tekad meneruskan usaha membangun kawasan berkenaan apabila dipilih dalam PRN 26 September nanti.

Menurut Anita, masih banyak keperluan dan pembanguna­n yang perlu dilaksanak­an di Tandek, apatah lagi kawasan berkenaan masih termasuk dalam kategori daerah miskin di negeri ini.

Katanya, pihaknya sedih dan simpati kerana ramai di kalangan warga emas masih berada dalam keadaan daif dan memerlukan pembelaan.

Anita berharap pelbagai masalah yang gagal diatasi kerajaan lalu dapat dibantu menerusi penyertaan­nya dalam STAR yang menjadi gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pemimpin setempat Anthony Mandiau yang sebelum ini pernah bertanding di kawasan berkenaan menyifatka­n Anita mampu menunaikan harapan rakyat untuk memperoleh pembanguna­n.

Ketua Armada AMANAH Kota Marudu Ustaz Zahdi pula yakin pendekatan kepimpinan Anita mampu membawa perubahan yang diingini penduduk kawasan Tandek.

Majumal Mahap yang juga mantan Ketua Komulakan UPKO Tandek dan turut menyertai Anita memasuki STAR bertekad membantu kempen calon Bebas itu memenangi kawasan berkenaan.

Turut hadir Ketua Bahagian STAR Tandek Ir Joel Masilung dan kalangan penggerak parti berkenaan di Bandau dan Tandek.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Jalumin menerima borang penyertaan STAR daripada Anita.
AHLI BAHARU: Jalumin menerima borang penyertaan STAR daripada Anita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia