Utusan Borneo (Sabah)

Isu rakyat tidak disuarakan calon PN: Pg Jaafar

-

KUALA PENYU: Kehadiran ramai menteri kerajaan pusat ke Kuala Penyu sepatutnya boleh dimanfaatk­an untuk menangani masalah air di daerah ini dan Menumbok, kata wakil calon Bebas Pg Jaafar Pg Osman.

Bagaimanap­un, menurut beliau, masalah itu tidak disuarakan oleh calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Limus Jury kepada menteri terbabit semasa kunjungan mereka ke daerah ini.

Beliau berkata, sepatutnya calon PN itu boleh mengemukak­an masalah air yang dihadapi penduduk itu kepada menteri pusat khususnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diambil perhatian dan tindakan.

“Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu perkara itu kepada mereka namun ia tidak dimanfaatk­an,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pg Jaafar berkata, peluang itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh penyandang ADUN berkenaan supaya masalah air di Kuala Penyu dan Menumbok dapat diatasi demi rakyat di kawasan terbabit.

Katanya, sekurangku­rangnya lima menteri penuh kerajaan Pusat telah turun ke Kuala Penyu pada musim pilihan raya ini untuk membantu kempen calon PN berkenaan.

 ??  ?? ZIARAH: Pg Jaafar (dua kanan) ketika mengiringi calon Bebas Mohd Fadzlee Abdullah dalam program ziarah rumah ke rumah di Kampung Berangkok.
ZIARAH: Pg Jaafar (dua kanan) ketika mengiringi calon Bebas Mohd Fadzlee Abdullah dalam program ziarah rumah ke rumah di Kampung Berangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia