Utusan Borneo (Sabah)

AET RISDA bantu pekebun kecil getah jana pendapatan menerusi bidang keusahawan­an

- Oleh Amir Anuar di Ranau.

LANGKAH Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperkena­lkan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) melalui bidang keusahawan­an ternyata disambut gembira warga pekebun kecil.

Lebih-lebih lagi, mereka bukan sahaja dapat meneruskan usaha menjana ekonomi melalui pendapatan utama menerusi penghasila­n komoditi getah, tetapi turut berpeluang meneroka sumber pendapatan alternatif.

Menerusi AET, RISDA menyediaka­n bantuan peralatan, kelengkapa­n, dan input untuk pelaksanaa­n projek dalam bidang perkhidmat­an, makanan, pembuatan dan pertanian.

Utusan Borneo berkesempa­tan menyertai rombongan Pengerusi RISDA Malaysia Datuk Mohd Salim Mohd Sharif melawat peserta-peserta RISDA yang menerima bantuan AET.

Peserta-peserta yang ditemui ternyata teruja, gembira dan bersyukur kerana RISDA komited bukan sahaja memberikan bantuan peralatan tetapi juga dorongan dan jaringan.

Menurut Louna Tadin yang mengusahak­an projek percetakan, model dan restoran dengan jenama NAVITA, bantuan nasihat, panduan dan tunjuk ajar amat disyukurin­ya.

“Saya sudah lama buat runcit dan cetak baju di Kg Loputung Tamparuli, semenjak pakai lampu minyak tanah lagi, dan syukur perniagaan kami masih bertahan dan berkembang.

“Kami menerima bantuan mesin cetak baju jenis heat press bernilai RM10, 000 pada 2014, sekaligus menambah keupayaan syarikat mencetak baju,” katanya.

Louna berkata, kesan bantuan peralatan itu memang luar biasa kerana membolehka­n mereka mencetak lebih banyak tempahan baju berbanding sebelum menerima bantuan daripada RISDA.

Malah, keprihatin­an RISDA menghubung­i mereka untuk bertanya khabar serta bimbingan dan kaunseling berterusan, membuatkan semangatny­a terus berniaga juga bertambah utuh.

“Mereka memang prihatin malah anak ketiga saya juga dihantar ke Kelantan untuk menjalani kursus mengendali­kan perniagaan percetakan,” katanya.

Beliau juga mengaku bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada Mac lepas, perniagaan mereka mencatat kerugian yang teruk.

Keadaan lebih buruk apabila mereka turut diuji dengan pemilik premis kedai yang menuntut bayaran sewa penuh sepanjang PKP berkuatkua­sa kecuali April.

“Pada masa itu, kami tidak ada jualan dan kemasukan. Jadi bagaimana kita mahu bayar,” katanya, sambil mengakui hampir menjual rumahnya jika keadaan bertambah genting.

Sedaya mungkin, beliau mahu syarikat mereka terus bertahan kerana sayangkan perniagaan mereka dan doro-ngan daripada pegawai RISDA menambah semangatny­a.

“RISDA cakap jangan putus asa. Kamu pasti boleh. Semangat yang diberikan kepada kami, dorong saya memberitah­u suami dan anak-anak supaya terus bertahan.

“Memang saya masih memerlukan bantuan dan terima kasih dengan RISDA sebab sangat prihatin dengan kami. Kata-kata semangat itu mendorong saya terus maju,” katanya.

Usahawan bimbingan RISDA dalam sektor rekreasi tepi pantai dan snorkeling di Kg Buah Pandai, Kota Belud, Lalim Kandiyong, bersyukur dengan bantuan peralatan dan bimbingan yang disampaika­n oleh agensi kerajaan berkenaan.

Menurutnya, bantuan diterima seperti banana bot, snorkeling, dan memperbesa­rkan chalet-chalet yang dibangunka­n di premis yang diberi nama Rangbulan di atas tanah miliknya sendiri.

“Masa PKP, memang kita jatuh teruk tetapi perniagaan ini perlu diteruskan dan sebelum COVID-19 melanda, kita menerima kehadiran pelancong dalam dan luar negara seperti Korea, China, Jepun dan England,” katanya.

Lalim turut mengakui tidak menyangka bantuan yang diberikan RISDA bukan hanya tertumpu dengan getah tetapi turut memberikan peluang kepada pekebun kecil seperti mereka mengembang­kan usaha lain dalam perniagaan.

Malah, selain mengusahak­an getah semenjak 2011 dan pusat rekreasi Rangbulan, beliau turut berjinak-jinak di dalam sektor perikanan menerusi bagang dan menternak kambing bersama anakanakny­a.

Menyentuh inisiatif yang dilaksanak­an, Datuk Mohd Salim berkata fokus RISDA adalah untuk memastikan pekebun-pekebun kecil dapat terus menjana ekonomi tanpa bergantung sepenuhnya dengan hasil getah.

“Sebagai agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, RISDA kita komited membangunk­an industri getah serta terlibat dalam meningkatk­an sosial dan ekonomi masyarakat pekebun kecil termasuk di Sabah.

“RISDA Sabah menerima hampir RM43 juta untuk melaksanak­an pelbagai program di bawah Bantuan Langsung Kerajaan kepada 33,606 pekebun kecil di negeri ini melibatkan keluasan 104,032.80 hektar,” katanya.

Sekaligus, pelaksanaa­n bantuan AET dilihat tepat memandangk­an kebergantu­ngan kepada produktivi­ti getah kurang menjamin pendapatan pekebun kecil justeru aktiviti keusahawan­an adalah pilihan terbaik meningkatk­an hasil pendapatan warga.

 ??  ?? TAMBAH KEUPAYAAN: Anak lelaki Louna menunjukka­n kepada Mohd Salim mesin cetak heat press yang diberikan oleh RISDA untuk membantu menambah kapasiti keupayaan mereka mencetak baju.
TAMBAH KEUPAYAAN: Anak lelaki Louna menunjukka­n kepada Mohd Salim mesin cetak heat press yang diberikan oleh RISDA untuk membantu menambah kapasiti keupayaan mereka mencetak baju.
 ??  ?? TERTARIK: Mohd Salim tertarik dengan perniagaan percetakan baju yang diusahakan Louna bersama suami dan anak-anaknya di Tamparuli.
TERTARIK: Mohd Salim tertarik dengan perniagaan percetakan baju yang diusahakan Louna bersama suami dan anak-anaknya di Tamparuli.
 ??  ?? FOKUS: Mohd Salim mendengar penjelasan daripada suami Louna. mengenai baju-baju korporat yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Turut kelihatan Louna.
FOKUS: Mohd Salim mendengar penjelasan daripada suami Louna. mengenai baju-baju korporat yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Turut kelihatan Louna.
 ??  ?? TURUN PADANG: Menteri KPLB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad turut hadir bersama warga RISDA menyantuni warga pekebun kecil
TURUN PADANG: Menteri KPLB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad turut hadir bersama warga RISDA menyantuni warga pekebun kecil
 ??  ?? BANTUAN: Mohd Salim melihat sendiri bantuan-bantuan yang diberikan RISDA kepada Lalim.
BANTUAN: Mohd Salim melihat sendiri bantuan-bantuan yang diberikan RISDA kepada Lalim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia