Utusan Borneo (Sabah)

Belia Merotai menyerahka­n memorandum kepada Liew

-

TAWAU: Belia kampung Merotai Besar menyerahka­n memorandum kepada Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah untuk mendapat bantuan fasiliti perubatan khususnya menyediaka­n satu makmal pemeriksaa­n COVID-19 di Merotai.

Wakil Belia Merotai Mohammad Fauzi Acho,25, berkata, melihat kepada peningkata­n dan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbang­kan di daerah ini, perlunya ada satu makmal COVID-19 di kawasan Merotai supaya penduduk boleh membuat pemeriksaa­n awal.

“Sebaik sahaja wujudnya makmal ini nanti, penduduk kampung terutamany­a warga tua tidak perlu lagi ke Hospital Tawau untuk membuat pemeriksaa­n sekiranya terdapat simptom atau didapati mempunyai kontak rapat pesakit wabak ini.

“Makmal itu sangat diperlukan kerana masyakarat tidak boleh lari daripada menjalani kehidupan norma baharu dan masyarakat juga diminta selalu berwaspada dengan penularan wabak,” katanya semasa ditemui dalam majlis penyerahan memorandum, di sini semalam.

Beliau yang juga penerima Anugerah Tokoh Belia Negara 2020 berkata, pemilihan Tan Sri Liew kerana melihat keikhlasan beliau dalam mengangkat suara belia untuk diketengah­kan pada masa akan datang.

“Kami percaya Tan Sri Liew dengan keperibadi­an yang beliau ada mampu merealisas­ikan impian belia untuk membantu penduduk di Kampung Merotai Besar ini,” katanya.

Sementara itu, Liew sangat berbangga kerana belia di kampung Merotai begitu prihatin soal kesihatan dan keselamata­n penduduk di sini.

“Saya tidak menyangka belia dapat berfikir sejauh itu untuk membantu penduduk dan sebagai anak Merotai sangat berbangga dengan cadangan yang dibuat itu.

“Inilah yang kita mahu, belia bukan sahaja terlibat dengan sukan tetapi mereka juga mempunyai peranan dalam membantu penduduk menyelesai­kan masalah yang dihadapi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai berkata, keprihatin­annya terhadap penduduk kampung bukan sahaja semasa menjadi calon tetapi sejak dahulu lagi.

“Penduduk Merotai tidak asing lagi dengan saya dan tidak hairanlah sejak menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), ramai pemimpin dari parti lawan yang menyertai kami.

“Saya melihat, kesatuan anak Merotai memang sangat akrab dan sokongan mereka terhadap saya menunjukka­n mereka mahukan pemimpin asal Merotai juga yang akan memimpin penduduk di sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia