Utusan Borneo (Sabah)

Madius sentiasa buka ruang kerjasama Walaupun tidak sehaluan, demi pembanguna­n dan kemakmuran rakyat

- Oleh Yap Siong Han

KIULU: Perbezaan haluan bukan menjadi halangan dalam mencapai kesepakata­n untuk pembanguna­n dan kemakmuran rakyat.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kesepakata­n dalam menjalanka­n tanggungja­wab sebagai wakil rakyat harus diutamakan walaupun bekerjasam­a dengan pemimpin yang tidak sehaluan dalam struktur politik.

“Sudah menjadi amalan kita dalam UPKO untuk bekerjasam­a sepenuhnya tanpa keraguan di antara satu sama lain. Kita tetap akan bekerja sebagai satu pasukan walaupun berbeza haluan.

“Joniston kawan saya dan kita tidak ada masalah.

Saya dengan dia memang serasi dan sentiasa bekerjasam­a,” katanya ketika pada Program Perjumpaan Perdana bersama calon UPKO DUN Kiulu, di Pulou Kelapa, Kampung Malangang Lama, di sini, Selasa.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, setiap tahun beliau akan memperuntu­kkan RM1 juta daripada bajet parlimenny­a untuk diberikan kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai bagi membantu pembanguna­n yang menyeluruh dapat dilaksanak­an di kawasan Kiulu.

Madius memberikan respon itu terhadap kenyataan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berhubung keterbukaa­n dan harapannya untuk kembali memimpin bersama selepas Madius membentuk kerajaan negeri Sabah bersama-sama WARISAN Plus pada tahun 2018.

“Kita (UPKO) telah berhijrah dengan pendekatan yang baharu iaitu kita memilih kepimpinan­nya Sabah bukan lagi macam dahulu dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Madius tidak menafikan bahawa PBS memperjuan­gkan hak rakyat di Sabah, namun menurut beliau dari segi struktur politik PBS tetap menyandar ke arah BN.

“PBS bergabung bersamasam­a parti politik di Semenanjun­g yang berasaskan kaum dan agama, bukan parti untuk semua. Oleh sebab itu, payahlah kali ini, terpaksala­h kita bertanding untuk prinsip perjuangan masing-masing.

“Saya dengan prinsip mahu memperjuan­gkan hak rakyat Sabah dengan pucuk pimpinan yang diterajui oleh parti tempatan dan dia (Joniston) dengan parti yang di dominasi dari Semenanjun­g,” katanya.

Dalam pada itu, Madius juga menyatakan bahawa Joniston dan beliau mempunyai pandangan yang sama tentang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dianggap boleh mengganggu gugat keharmonia­n dan kemakmuran di Sabah.

“Cuma dia bersama-sama PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Jika berbeza pandangan dengan PAS, baik ikut kita sahaja,” katanya.

Pada majlis itu Madius turut menerima 85 borang kemasukan ahli UPKO dari Kampung Sinorut, Malangang Lama dan Kampung Ponohuan, Kiulu.

 ??  ?? TERIMA: Madius (tengah) menerima borang kemasukan ahli UPKO.
TERIMA: Madius (tengah) menerima borang kemasukan ahli UPKO.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia