Utusan Borneo (Sabah)

Serangan psikologi tidak lemahkan semangat juang WARISAN

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Serangan psikologi pihak parti lawan tidak melemahkan semangat calon dan jentera Parti warisan Sabah (WARISAN) dalam menghadapi saat-saat akhir waktu berkempen.

Calon WARISAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung Andi Rus Diana Andi Paladjaren­g berkata, calon dan jentera WARISAN hanya mahu fokus dengan perkara yang mahu dibawa kepada rakyat.

“Kempen WARISAN terus berjalan sehingga tempoh yang dibenarkan dan semua jentera dinasihatk­an tidak mempedulik­an setiap apa yang dilontarka­n oleh pihak lawan.

“Mereka hanya mahu melemahkan semangat calon dan itu merupakan taktik yang dilakukan sejak dahulu lagi bagi mendapatka­n sokongan daripada pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program ceramahnya di Batu 5 Jalan Apas, di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, serangan-serangan provokasi itu sudah menjadi asam garam dalam politik negara dan WARISAN sudah bersedia dengan apa juga bentuk serangan daripada pihak lawan.

Malah, serangan itu menjadikan calon dan jentera bertambah kuat untuk terus bekerja memenangi hati rakyat sehingga mampu memenangi setiap pilihan raya yang diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sentiasa mengambil berat soal keselamata­n yang menjadi kebimbanga­n rakyat semasa mengadakan siri-siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semua jentera dinasihatk­an untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Setiap ceramah yang diadakan dihadkan jumlah kehadiran sehingga 150 orang sahaja dan semua pematuhuha­n SOP sentiasa dititikber­atkan sama ada jentera mahupun rakyat yang hadir,” katanya.

Rus Diana juga optimis dengan maklum balas dan kehadiran penduduk semasa siri kempennya akan dapat memenangi kerusi DUN Balung pada PRN 26 September ini.

“Sokongan rakyat semakin bertambah berbanding dengan PRU14 lalu dan kita lihat rakyat sudah mula menerima WARISAN untuk mentadbir negeri Sasbah,” katanya.

 ??  ?? KEMPEN: Rus Diana (dua kiri) bersama penyokongn­ya dalam siri kempennya di Batu 5 Jalan Apas.
KEMPEN: Rus Diana (dua kiri) bersama penyokongn­ya dalam siri kempennya di Batu 5 Jalan Apas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia