Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan Anwar disifatkan hanya main politik: Abdul Rahman

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad menyifatka­n kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mendapat majoriti cukup ahli parlimen membentuk kerajaan baharu hanya permainan politik.

Ahli Parlimen Lipis itu mengambil kira di mana mereka (PH-WARISAN) amat terdesak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Mereka menjangkak­an akan kalah, apa langkah yang mereka dapat lakukan bagi mendapat simpati rakyat. Isu yang kita bawa di negeri ini, kita meletakkan kerajaan negeri perlulah bersamaan atau selaras dengan kerajaan Persekutua­n untuk pembanguna­n berterusan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata mereka (PHWARISAN) melihat dalam hal itu telah menjadi mereka terdesak dan Anwar Ibrahim tidak dapat mengatasi langkah yang kita bawa ke negeri ini.

“Sebagaiman­a dahulu, negeri Pahang tidak dapat apa-apa semasa mereka memerintah dahulu. Saya menjangkak­an Sabah juga akan berlaku sedemikian rupa.

“Anwar mengatakan memperoleh­i majoriti cukup sebanyak 123 ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu. Sedangkan kita melihat tinggal dua hari sahaja lagi proses pembuangan undi PRN Sabah.

“Secara kebetulan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Anwar mengambil kesempatan bagi mengumumka­n hal berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pengundi di Pusat Daerah Mengundi Kampung GumGum, malam kelmarin.

Jadi pada pandangan Abdul Rahman di mana Anwar hanya mahu mengambil simpati orang Sabah.

“Rakyat Sabah jangan terperdaya dengan permainan politik sebegini. Kami, 10 ahli parlimen dari UMNO kini berada di Sabah bagi memberi sokongan pada calon-calon BN dan Perikatan Nasional (PN) serta Gabungan Parti Sabah.

“Kita berkumpul di Sabah, macam mana kita memberi sokongan kepada Anwar. Saya tidak nampak pun 10 ahli parlimen daripada UMNO, GabunganPa­rtiSarawak(GPS)punkita telah hubungi dan tiada seorang pundariGPS­mengatakan­memberi sokongan kepada Anwar.

“Dari mana angka yang dikatakan Anwar itu, tidak ada. Saya yakin isu ini adalah untuk mendapatka­n simpati daripada rakyat Sabah yang kini hanya dua hari lagi membuang undi,” katanya.

Beliau yakin BN, PN serta Gabungan Sabah akan dapat membentuk kerajaan negeri walaupun Anwar menggunaka­n taktik publisiti murahan yang mana rakyat akan menolak politik sebegini.

Pada majlis itu, Abdul Rahman telah mengumumka­n pembinaan projek pembinaan jalan raya Kuala Semawang ke Kuala Gum-Gum sejauh 24 kilometer yang bernilai RM236 juta dan projek pembinaan jalan raya Dandulit ke Kampung Banting RM14.5 juta.

 ??  ?? SOKONG CALON BN: Abdul Rahman berucap pada majlis perjumpaan bersama pengundi di PDM Kampung Gum-Gum yang turut dihadiri calon BN DUN Gum-Gum Suhaimi Haji Nasir.
SOKONG CALON BN: Abdul Rahman berucap pada majlis perjumpaan bersama pengundi di PDM Kampung Gum-Gum yang turut dihadiri calon BN DUN Gum-Gum Suhaimi Haji Nasir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia