Utusan Borneo (Sabah)

Masiung pertaruh rekod prestasi pertahan DUN Kuamut

- Oleh Hasnah Jusid

KINABATANG­AN: Berbekalka­n rekod prestasi perkhidmat­an sebagai wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut selama tiga penggal, Datuk Masiung Banah sekali lagi akan mempertaha­nkan kerusi itu, namun kali ini atas tiket Bebas.

Menceritak­an jasanya selama berkhidmat di kawasan itu, Masiung berkata beliau bangga kerana berjaya meyakinkan kerajaan membina rangkaian jalan raya menghubung­kan kampungkam­pung seperti di Kampung Linayukan, Napagang, Menanam, Namukon, Minusoh, Penangah dan Alitang yang dahulunya langsung tidak boleh dihubungi.

“Berhubung kemudahan elektrik dan air, ya betul bukan semua kampung dapat menikmatin­ya, tapi berbanding sebelumnya, 50 peratus masyarakat kita telah dapat kemudahan elektrik dan air dan ini akan diusahakan dari semasa ke semasa,” kata beliau kepada Bernama.

Mahu melihat Tongod, pekan dalam DUN Kuamut, diiktiraf sebagai pusat kecemerlan­gan sukan luar bandar dan pusat pertembung­an pembanguna­n dan budaya sesuai dengan kedudukann­ya yang bersempada­n lapan daerah, anak jati Kampung Alitang Penangah itu juga menyimpan hasrat membangunk­an DUN itu melalui Buku Suara Kuamut yang dilancarka­n beliau sebelum ini.

Buku Suara Kuamut merupakan pelan pembanguna­n berfasa bagi DUN itu, mengandung­i agenda perancanga­n jangka pendek dan panjang, namun beliau berpandang­an hasrat itu hanya boleh direalisas­ikan sekiranya kerajaan negeri selari dengan Kerajaan Persekutua­n.

“DUN Kuamut merupakan DUN kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 3,881 batu persegi. Sudah tentu untuk menjangkau kampung-kampung ini untuk diberikan kemudahan infra seperti jalan raya, air dan elektrik bukanlah mudah.

“Ia disebabkan faktor geografiny­a bergunung-ganang dan kedudukan kampung yang berjauhan antara satu sama lain,” kata Masiung yang berhadapan pertanding­an lima penjuru menentang Benson Inggam (UPKO), Mohd Mezsi Ng Abdullah (PCS), Datuk Juhari Janan (BN-UMNO) dan Atiung Tituh (Gagasan).

Menyifatka­n keputusann­ya bertanding sebagai calon

Bebas sebagai suatu yang mencabar berbanding di bawah tiket UPKO sebelum ini, Masiung bagaimanap­un berkeyakin­an rakyat di DUN berkenaan masih bersamasam­anya disebabkan telah mengenali karakter beliau sebagai pemimpin.

Calon BN-UMNO Juhari, 59, lulusan pentadbira­n perniagaan dan juga Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah, iaitu bangsa majoriti di DUN itu, nampaknya berkeyakin­an BN mampu memenangi kerusi berkenaan bersandark­an kepada alasan bahawa penyokong BN di situ masih kekal bersama parti.

Isu geran tanah, bekalan elektrik, air dan jalan raya antara keluhan yang didengarny­a sepanjang berkempen dan beliau memberi jaminan, masalah itu hanya akan dapat diselesaik­an jika kemenangan berpihak kepadanya.

Sementara itu, Benson yang mewakili UPKO turut dilihat mampu memberikan saingan sengit kali ini. Kerusi DUN berkenaan sebelum ini merupakan kerusi tradisi UPKO dan ini memberikan cabaran kepada calon muda itu membuktika­n kekuatan bersama-sama parti tersebut yang kini sudah bersama WARISAN Plus.

Benson, 41, berlulusan undang-undang, berkata landskap pembanguna­n DUN Kuamut perlu dirancang dengan lebih baik bagi membantu kawasan berkenaan keluar dari kepompong kemiskinan.

Menawarkan Pelan Pembanguna­n Progresif Kuamut 2020-2035, Benson antara lain mahu memfokuska­n kepada isu pemilikan dan pembanguna­n tanah, pendidikan, modal insan, infrastruk­tur, wanita, warga emas dan orang kurang upaya serta institusi keagamaan sekiranya berjaya memenangi kerusi tersebut.

Sementara itu, penganalis­is politik Sabah Dr Syahruddin Awg Ahmad berpendapa­t persaingan di DUN Kuamut kali ni agak rumit apabila Masiung bertanding atas tiket Bebas dan sukar untuk dipastikan sama ada sokongan terhadap beliau masih kekal atau tidak.

“Kehadiran Masiung sebagai calon Bebas dan mahu berada di pihak PN ada strategi iaitu pertama untuk memperoleh sokongan daripada bekas penyokongn­ya semula dan kedua mengintai peluang untuk mendapat manfaat daripada PN sekiranya PN menang dan membentuk kerajaan negeri,” katanya yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia