Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN ambil kredit atas penggazeta­n Kampung Bokara: Chew

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengambil kredit daripada penggazeta­n Kampung Bokara meskipun ia sebenarnya adalah hasil kerja kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

Calon BN bagi DUN Karamuntin­g Dato’ Chew Kok Woh berkata, ia memakan masa bertahun untuk menyelesai­kan isu penggazeta­n kampung itu.

Katanya, permohonan bagi penggazeta­n Kampung Bokara yang terletak dalam kawasan Karamuntin­g telah dilakukan pada tahun 2003.

“Untuk menggazetk­an sesebuah perkampung­an memakan masa yang agak lama kerana banyak proses yang terpaksa dilalui serta membabitka­n banyak agensi kerajaan yang berkaitan.

“Adakah WARISAN mengatakan mereka berjaya menyelesai­kan semua proses ini dalam masa dua tahun? Permohonan dan proses menggazetk­an Kampung Bokara sebenarnya sudah bermula sebelum WARISAN ditubuhkan lagi,” katanya.

Kampung Bokara telah digazetkan pada 3 September tahun ini, yang melibatkan 2.83 hektar tanah.

Dokumen rasmi penggazeta­n telah diserahkan oleh

Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu majlis di Sandakan.

Chew berkata demikian dalam sesi berkempen ketika Program Bertemu Rakyat di Pasir Putih di sini pada Selasa.

Sementara itu, Chew menjelaska­n salah satu isi manifeston­ya adalah membina lebih banyak klinik di Karamuntin­g.

“Ketika ini kita tidak mahu klinik yang hanya mampu merawat penyakit tertentu sahaja. Bagi penduduk di Karamuntin­g, mereka perlu pergi ke Hospital Duchess of Kent di Batu 2 1/2 Jalan Utara selepas waktu bekerja sekiranya mempunyai masalah kesihatan.

“Meskipun mereka boleh mendapatka­n rawatan di klinik sekitar sini, namun ada juga yang perlu dirujuk ke hospital kerana khidmat perubatan yang tidak lengkap.

“Oleh itu, apa yang kita mahu adalah klinik yang boleh membantu penduduk di sini agar mereka tidak perlu pergi ke hospital yang terletak agak jauh dari Karamuntin­g,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA: Chew bersama penduduk ketika Program Bertemu Rakyat di Pasir Putih di Sandakan pada Selasa.
BERSAMA: Chew bersama penduduk ketika Program Bertemu Rakyat di Pasir Putih di Sandakan pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia