Utusan Borneo (Sabah)

Ayesha perjuangka­n terminal bas berpusat untuk keselesaan penduduk Sepanggar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Calon Parti Cinta Sabah (PCS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai Dayangku Ayesha Humaira Othman Shah berazam memperjuan­gkan terminal bas berpusat bagi memastikan keselesaan penduduk Sepanggar.

Beliau berkata, tindakan itu juga perlu dilakukan bagi mengambil berat keadaan keselamata­n penumpang berikutan kedudukan terminal bas ke Sepanggar di tepi jalan Bandaran kini agak membahayak­an.

“Menaiki bas dengan kadar tambang RM2 ke pusat bandar dan kawasan sekitar menjadi sebahagian kehidupan rutin rakyat di Sepanggar untuk ke tempat kerja.

“Penumpang dan pemandu yang saya tanya mereka ingin terminal bas berpusat yang lebih selesa berikutan terminal Sepanggar terpaksa bertapak di tepi perhentian bas Bandaran Berjaya untuk mengambil serta menghantar penumpang.

“Peletakan terminal itu juga membahayak­an penumpang apabila perlu melintasi jalan utama yang selalu sibuk,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan datang perlu memikirkan perkara ini dan jika beliau dipilih oleh rakyat Karambunai, beliau pasti akan memperjuan­gkan perkara ini agar ada terminal bas berpusat yang selesa untuk rakyat Sepanggar.

“Saya juga melihat pemandu dan konduktor bas sering dilupakan, mereka inilah yang berperanan sangat penting dalam memastikan penumpang sampai ke tempat yang dituju.

“Maka kebajikan mereka perlu dijaga dengan memberi sekurangku­rangnya khairat kematian atau perlindung­an insurans asas yang menampung kos rawatan jika mereka jatuh sakit.

“Jika terjadi apa- apa yang tidak diingini, sekurang kurangnya, mereka ada perlindung­an dan kebajikan mereka terjaga,” katanya.

Beliau juga menghargai usaha mereka selama ini.

 ??  ?? PRIHATIN: Ayesha prihatin dengan keperluan pemandu serta konduktor dan bertanya apakah keperluan utama pemandu serta penumpang.
PRIHATIN: Ayesha prihatin dengan keperluan pemandu serta konduktor dan bertanya apakah keperluan utama pemandu serta penumpang.
 ??  ?? JUMPA: Ayesha semasa bertemu dengan pemandu dan konduktor bas Sepanggar di Bandaran Berjaya.
JUMPA: Ayesha semasa bertemu dengan pemandu dan konduktor bas Sepanggar di Bandaran Berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia