Utusan Borneo (Sabah)

Lima ‘orang kuat’ PBS Api-Api tinggalkan parti

Isytihar sokong Christina demi pastikan kemenangan mutlak WARISAN Plus-PKR

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Lima ‘orang kuat’ Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Api-Api meletak jawatan seterusnya menzahirka­n sokongan padu kepada calon WARISAN Plus-PKR Datuk Christina Liew.

Mereka adalah Danny

Tham (bekas naib ketua bahagian dan ketua pembanguna­n masyarakat ApiApi), Ng Tan Fook (bekas pegawai penerangan bahagian dan setiausaha akhbar Menteri Pembanguna­n dan Teknologi Maklumat atau kini Menteri Pendidikan dan Inovasi), Randy Wong (bekas ketua pemuda bahagian, bekas pegawai khas kepada pengerusi SabahNet dan bendahari pemuda pusat PBS), bekas Kapitan Cina Api-Api Au Len On dan Lim Hing Yen.

Kelima-lima individu sebelum ini adalah penyokong tegar calon PBS Api-Api Datuk Dr Yee Moh Chai.

Peletakan jawatan itu diumumkan oleh aktivis politik yang juga seorang peguam Chin Tek Ming (bekas orang kanan Yee), ketika berada di sesi Meetthe-People di 888 Food Court, kelmarin.

“Kami termasukla­h diri saya telah tinggalkan PBS dan memberikan sokongan padu kepada WARISAN Plus khususnya Christina yang akan mempertaha­nkan kerusi DUN Api-Api.

“Saya menyeru kepada pengundi di sini untuk terus membuat pilihan tepat pada 26 September ini. Undilah Christina iaitu hanya seorang wanita dalam sembilan calon yang bertanding di sini,” kata Chin pada program berkenaan.

Chin berkata, jangan hanya menzahirka­n sokongan tetapi ubah dengan bertindak memilih Christina ketika mengundi nanti.

Sementara itu, Christina menegaskan WARISAN

Plus perlu menang dengan majoriti besar bagi memastikan gabungan itu kembali berkuasa dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri.

“Kita tidak mahu lagi ada sebarang gangguan dalam pentadbira­n,undiWARISA­N Plus untuk kesatuan, integriti dan kestabilan.

“Kita tidak mahu lagi terdapat kejadian melompat parti, kita mesti bergerak ke hadapan untuk terus membangunk­an sosioekono­mi demi Sabah dan rakyat keseluruha­nnya,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, calon DAP DUN Likas Tan Lee Fatt serta pemimpin yang lain.

 ??  ?? KENANGAN: Christina (lima kiri), Chan (empat kiri), Chin (tujuh kiri), Tan (enam kiri) bersama lima bekas orang kuat PBS Api-Api merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Christina (lima kiri), Chan (empat kiri), Chin (tujuh kiri), Tan (enam kiri) bersama lima bekas orang kuat PBS Api-Api merakamkan gambar kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia