Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan Anwar gimik, propaganda PRN Sabah: Ikmal

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mendapat majoriti cukup ahli parlimen membentuk kerajaan baharu disifatkan sebagai gimik dan propaganda Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kenyataan itu merupakan satu gimik yang dibuat oleh Anwar.

“Kalau beliau (Anwar) mempunyai majoriti cukup ahli parlimen membentuk kerajaan baharu sudah tentulah dia akan nyatakan jumlah ahli parlimen yang menyertain­ya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pengundi di Pusat Daerah Mengundi Kampung Gum-Gum, malam kelmarin.

Beliau melihat itu adalah hanya pengumuman yang dibuat tanpa kehadiran ahliahli parlimen yang dinyatakan menyokongn­ya.

“Semua orang boleh mengatakan ada sokongan sedemikian tetapi buktikan kalau benar,” katanya.

Bagi Ikmal, itu tidak lebih dari propaganda serta gimik untuk PRN Sabah yang hanya tiga hari lagi proses pembuangan undi dijalankan.

“Kalau betul, mengapa buat pengumuman yang tinggal tiga hari lagi proses membuang undi di Sabah. Sewajarnya dia buat pengumuman lebih awal.

“Mengapa perlu umumkan saat-saat akhir, ini adalah untuk menarik pengundi di Sabah bagi mengundi caloncalon WARISAN, PKR dan sekutunya,” katanya.

Dalam isu berlainan, Ikmal yang merupakan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Ketua Bahagian BERSATU Tanah Merah menyangkal dakwaan BERSATU menaja mana-mana individu untuk bertanding Bebas.

“BERSATU menyokong penuh Barisan Nasional (BN) yang merupakan komponen Perikatan Nasional (PN). Kita sokong calon-calon BN bertanding,” katanya.

Beliau telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ketua Srikandi, Ketua Armada dan 10 ketua-ketua PDM BERSATU di DUN GumGum ini.

“Kita semua memberi komitmen menyokong dan bekerjasam­a dengan calon BN DUN Gum-Gum Suhaimi Haji Nasir bagi memastikan kemenangan dalam PRN ini,” katanya.

Mengenai calon Bebas yang bertanding­diDUNGum-Gum merupakan pemimpin BERSATU, Ikmal menjelaska­n ini tidak dapat dielakkan dalam pilihan raya kerana ada yang rasa kecewa.

“Sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU memberi jaminan dimana Bersatu tidak menyokong beliau (calon Bebas) yang bertanding menentang calon BN di DUN Gum-Gum,” katanya.

Ikmal percaya BERSATU akan mengambil tindakan berhubung perkara ini.

“Itu saya serahkan kepada parti bagi mengambil tindakan terhadapny­a ekoran bertanding sebagai calon Bebas,” katanya.

 ??  ?? TANDA SOKONG: Ikmal (kiri) menyatakan sesuatu kepada Suhaimi selepas majlis perjumpaan bersama pengundi di PDM Kampung Gum-Gum.
TANDA SOKONG: Ikmal (kiri) menyatakan sesuatu kepada Suhaimi selepas majlis perjumpaan bersama pengundi di PDM Kampung Gum-Gum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia