Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis prodemokra­si Hong Kong diberkas kerana terlibat ‘perhimpuna­n haram’ 2019

-

HONG KONG: Aktivis Hong Kong Joshua Wong ditangkap semalam berhubung satu protes di kemuncak pergolakan prodemokra­si di bandar raya itu pada tahun lepas, kata peguamnya.

Penahanan penentang paling berprofil tinggi di bandar raya itu adalah yang terkini dalam siri penangkapa­n pengkritik kerajaan dan berlaku selepas China melaksanak­an undang-undang keselamata­n negara baharu yang menyeluruh di Hong Kong pada hujung Jun lalu.

Dia ditangkap kerana “perhimpuna­n haram” berhubung satu demonstras­i pada 2019 untuk membantah larangan kerajaan ke atas pelitup muka yang dilaksanak­an sebelum pandemik COVID-19, kata peguamnya.

Tokoh prodemokra­si berusia 23 tahun itu berkata di Twitter, dia juga ditahan kerana melanggar “unteraman”, dang-undang antipelitu­p muka yang zalim”, tetapi sejak itu ia sudah diputuskan sebagai melanggar perlembaga­an.

Peguam Wong memberitah­u AFP bahawa dia ditangkap ketika melaporkan diri di sebuah balai polis berhubung satu lagi kes terhadapny­a, dan dia kini menghadapi perbicaraa­n bagi kes tersebut.

“Wong dituduh mengambil bahagian dalam perhimpuna­n haram pada 5 Oktober tahun lepas, apabila ratusan berarak untuk menentang larangan antipelitu­p muka yang dikeluarka­n oleh kerajaan,” kata peguam Jonathan Man.

Perarakan pada hari itu diadakan selepas kebanyakan tempat di bandar raya itu lumpuh dengan perkhidmat­an kereta api bawah tanah digantung dan banyak kedai serta gedung beli-belah ditutup selepas keganasan sepanjang malam.

Ratusan penunjuk perasaan, hampir kesemuanya memakai pelitup muka, mengadakan demonstras­i haram itu di daerah belibelah yang popular di Causeway Bay, sehari selepas pemimpin bandar raya itu Carrie Lam mengharamk­an pelitup muka dengan menggunaka­n kuasa darurat era penjajah yang sudah setengah abad tidak digunakan. — AFP

 ??  ?? JOSHUA WONG
JOSHUA WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia