Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Arab suara kebimbanga­n di PBB tentang konflik AS-Iran

- — Gambar AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Para pemimpin Arab menyuaraka­n kebimbanga­n kelmarin di PBB tentang konflik baharu di rantau mereka manakala ketegangan meningkat antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Acara tahunan bagi diplomasi antarabang­sa di Perhimpuna­n Agung PBB itu diubah kepada acara maya pada tahun ini, di mana para pemimpin menghantar rakaman ucapan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Dua hari selepas Presiden AS Donald Trump meningkatk­an lagi tekanan ke atas Iran dalam satu langkah yang dikritik ramai, pemimpin Iraq dan Arab Saudi menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai rantau mereka.

“Kita tidak mahu Iraq menjadi umpama taman permainan bagi kuasa lain yang akan membunuh satu sama lain di wilayah kita,” kata Presiden Barham Saleh dalam ucapannya.

“Kita sudah menyaksika­n cukup banyak peperangan dan cukup banyak serangan ke atas kedaulatan kami,” katanya.

Iraq telah berusaha untuk melakukan timbangan yang rumit antara negara jiran

Iran, yang berfahaman Syiah seperti majoriti penduduk di negara jiran Arabnya, dengan AS, yang menyerang dan mengguling­kan diktator Saddam Hussein pada 2003.

Presiden Donald Trump pada Januari lalu mengarahka­n serangan dron di Baghdad yang membunuh jeneral paling terkemuka di Iran, Qasem Soleimani, selain seorang ketua separa tentera Syiah dari Iraq, yang menimbulka­n seruan di Baghdad agar tentera AS diusir dari negara itu.

Trump menolak seruan bagi pengundura­n tetapi pada bulan ini mengarahka­n penguranga­n jumlah anggota tentera dengan ketara di Iraq sebagai sebahagian daripada janji pilihan rayanya untuk menghentik­an peperangan “yang tiada kesudahan”.

Saleh membayangk­an rasa kecewa di Iraq dengan kumpulan “anarki”, yang melepaskan serangan roket ke atas tentera AS yang membalas dengan serangan dron berkenaan.

“Senjata mesti kekal dalam tangan institusi kerajaan Iraq,” kata Saleh.

Beliau juga berjanji untuk menangani rasuah yang berleluasa, satu keutamaan penting bagi Perdana Menteri

Mustafa al-Kadhemi, yang memegang kuasa selepas protes yang menyeluruh di negara itu.

Trump berjanji untuk menekan Iran, dengan melaksanak­an sekatan ekonomi yang menyeluruh dan meninggalk­an perjanjian nuklear 2015 yang dirunding oleh presiden lama Barack Obama.

Pada Isnin lepas, Trump berkata beliau melaksanak­an sekatan “PBB” kerana pelanggara­n ke atas embargo senjata oleh Iran – walaupun ramai di badan dunia itu yang tidak percaya AS memiliki kuasa sedemikian.

Raja Salman dari Arab

Saudi menggunaka­n ucapan baginda untuk menyuaraka­n kebimbanga­n tentang Iran dan menyebut tentang serangan dron pada tahun lepas ke atas lapangan minyak di Arab Saudi, yang menurut Washington dilancarka­n oleh Tehran yang melanggar embargo senjata.

“Tangan negara ini telah dihulurkan kepada Iran dengan aman serta sikap yang positif dan terbuka sejak beberapa dekad yang lalu, tetapi sia-sia sahaja,” kata Salman.

“Kerajaan mengalu-alukan usaha antarabang­sa untuk menangani program nuklear Iran, tetapi banyak kali, seluruh dunia menyaksika­n bagaimana rejim Iran mengeksplo­itasikan usaha ini untuk meningkatk­an lagi aktiviti pengembang­an,” kata baginda sambil menuduh Iran menjalanka­n “terorisme”.

Arab Saudi terlibat dalam kempen berdarah menentang puak pemberonta­k Huthi yang disokong oleh Iran di Yaman, di mana serangan udara yang banyak sudah membunuh orang awam selain menyumbang kepada krisis kemanusiaa­n.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, yang berucap kepada PBB pada Isnin lepas, menuding jari ke arah Arab Saudi apabila beliau mengecam usaha AS yang tidak berjaya untuk melanjutka­n embargo senjata ke atas Tehran.

“Mereka sudah menjual senjata bernilai ratusan bilion dolar kepada pelanggan mereka dan mengubah rantau kita kepada tong bom yang hendak meledak,” kata Rouhani.

“Namun mereka cuba dengan sia-sia untuk menafikan keperluan pertahanan minimum kepada Iran.”

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah mengulangi seruan agar konflik global dihentikan supaya dunia dapat menangani wabak COVID-19, yang sudah meragut lebih 970,000 nyawa.

Presiden Afghan Ashraf Ghani menyuaraka­n harapan bagi rundingan yang sudah dimulakan oleh kerajaanny­a dengan puak Taliban untuk menamatkan peperangan selama dua dekad.

“Dalam rundingan itu, orang Afghan mempunyai satu keutamaan yang jelas dan segera – gencatan senjata,” kata Ghani.

“Penamatan segera kepada keganasan, lebih daripada mana-mana perkara lain, akan memberi peluang kepada kita untuk maju.” — AFP

 ??  ?? PROVOKASI: Gambar serahan laman sesawang rasmi Kor Pengawal Revolusi Iran menerusi SEPAH News kelmarin dilapor menunjukka­n kapal pengangkut USS Nimitz Aircraft sebelum ia memasuki Selat Hormuz dan Teluk. Kapal pengangkut pesawat udara AS itu melintasi Selat Hormuz untuk memasuki Teluk pada 18 September di tengah-tengah ancaman Washington untuk melaksanak­an sekatan PBB tanpa sokongan rakan-rakan Majlis Keselamata­n, umum Tentera Laut.
PROVOKASI: Gambar serahan laman sesawang rasmi Kor Pengawal Revolusi Iran menerusi SEPAH News kelmarin dilapor menunjukka­n kapal pengangkut USS Nimitz Aircraft sebelum ia memasuki Selat Hormuz dan Teluk. Kapal pengangkut pesawat udara AS itu melintasi Selat Hormuz untuk memasuki Teluk pada 18 September di tengah-tengah ancaman Washington untuk melaksanak­an sekatan PBB tanpa sokongan rakan-rakan Majlis Keselamata­n, umum Tentera Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia